Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all 8148 articles
Browse latest View live

GSC Cinemas, MidValley Southkey di Johor bikin panas mata ku!!

$
0
0

GSC Cinemas dekat The Mall, MidValley Southkey Johor Bahru kini sudah dibuka katanya.. Perghhh  ! Ini kalau layan movie lebih dari 5 minit, mau berdengkur kawan aku  Ada laa kawan aku sorang tuuu.. Tempat tak selesa pun dia leh lena... Ini pulak macam ni punya kerusi !! Selesa giler lagu ni wehhh.











Rasanya kat KL pun hadooo. Tak ingat cinema mana. Nak usha nanti. Frozen 2 dan Star Wars syok layak begini . Kan kan..

Er..harga tiket, tak tau berapa . 


Sumber : Page Viral Johor

Bila pinggan kau retak..

$
0
0



Memang ada banyak kedai sedap sedap di Malaysia ni tapi berapa banyak kedai yang benar benar bersih  kemas dan menghormati pelanggannya ? 

Selepas makan . aku bagitau tokey dia yang mana pinggan yang aku dan wife dapat ni dah retak .. Dan dia cuma angguk jer.. 

Ko rasa ?? 

Sebab tu aku senang makan di restoran restoran yg mana kau boleh terus komplen ke pihak pengurusan tertinggi. 

Nak tak nak.. Kena abiskan makanan. Bayar kot ! Ni kali kedua la aku makan kat daerah ni. Dan dua dua meninggalkan kenangan hitam. 

Hurm.. 


Rakyat semakin bersuara !

$
0
0
Aku baca komen di satu grup Facebook ni. Geleng kepala. Ada yang sokong , ada yang mengkritik. Mengkritik bukan kerana tidak sokong tapi dek kerana ketidaksesuaian di negara kita ! Patutnya dibuat dengan ada kadar kadar tertentu. Bukan main sedap rasa jer ! 

Kononnya dah kaji ? Huhuh.. Kalau dah kaji , patut tau apakah puncanya ! Bukan cari bagaimana nak menghalang ! Oh , apa kes ? Lupa lak. Kes kematian di atas jalan raya ni la.. Apakah punca berlakunya kematian ? Sebab tak pakai car seat ???? Sebab tak pakai tali pinggang ??  Kalau pakai , kena langgar pon selamat kan ? Tapi kenapa kena langgar ????? Nah... ni kena la kuatkuasakan dengan tegas ! 

Wajib ada lesen ! Kita tau makin ramai pendatang haram di negara kita. Sekarang dah pandai memandu pulak !! Kereta atau motor. Kalau ada yang masuk ada passport pon , ada yang memandu ! Banyak kali dah aku terserempak dengan puak puak ni. Kalau memandu dengan betul , takda hal ! Ni macam asal tau pegang stering jer ! Sapa pantau ??? Penguatkuasa ? Ada .. aku tau dan aku nampak tapi... ok , aku tak nak tuduh tapi... hurm.. 

Bila dah ada lesen , memandu cam celaka ! Makin ramai pemandu begitni terutama di lebuhraya ! Apa hukuman untuk pemandu pemandu begini ? Kasi tegas la skit . Mereka ini adalah punca kepada kematian orang lain ! Tak kira la kenderaan kecil atau besar..Kasi hukuman seberat beratnya !! Mabuk atau tidak , kasi maksimum ! Baru diorang takut


Pemandu jadi mata mata . Nah , seperti aku di New Zealand satu tika dulu.. pemandu di sana dikatakan jadi mata mata . Mereka snap gambar dan hantar ke penguatkuasa. Di sini memang ada tapi cam sedikit menyukarkan sebab serupa macam kena buat report lak ! Permudahkan ! Baru pemandu takut..

Pemeriksaan kenderaan diwajibkan setiap beberapa bulan. Bila ada roadbloack , mintak tunjuk seperti roadtax tu.. Barulah kenderaan di atas jalan raya tu , jenis layak jer. Ni aku tengok, ada dah macam dah layak jadi tukun tiruan ! Dan yang memandu tu , sah sah bukan rakyat kita ! 

Baiki jalan raya. Lampu jalan , berlubang sana sini , jalan raya bergelora... antara punca jugak ni ! Kata nak capai tahap negara maju. Janganlah rakyat je kena buat cara maju tapi insfrastruktur .. hurmm.. 

Permudah cara.. Rakyat wajib pakai car seat. Grrr !!! Ada la tu yang komen.. Tak sayang anak la tu ! Puihhhhh !! Spesis cakap tak sayang anak ni , spesis penting diri sendiri ! Dia pikir dia je sayang anak. Orang lain tak ! 

Bila daddy datang ke Hari Graduasi Tadika Arina.

$
0
0
Qhaliff , aku dapat datang sekali je masa usia dia 6 tahun. Masa tu kerap gi luar. Terpaksa ! Cari makan. Gitulah. Huhuh.. Dan tahun ni , aku sekali lagi dapat jemputan untuk ikuti trip pelancongan tapi terpaksa la aku tolak. Sebab ? Si Zahra ni macam aku. Jenis simpan dalam hati. Tak nampak kat muka tapi makan dalam ! Huhuh.. 

Hurm. Ok , aku nak tengok persembahan Zahra. Dia cuti seminggu sebelum Hari Graduasi. Tertanya gak camana dia nak menari nanti ? Apakah dia akan malu ? Atau terpinga pinga ? Huhuhu.. Kalau aku ? Sah sah dah tarik diri ! Hahahaha...

Ternyata sangkaan aku salah. Dia teruja nak pergi gak. Seronok sangat dia rupanya di Tadika Arina ni. Banyak dah perubahan dia kebelakangan ni terutama dari segi komunikasi dan perbualan. Terasa berbual dengan orang dewasa lak. Cepat benar masa berlalu. 

Di Hari Graduasi Tadika Arina , aku tengok parents yang datang enjoy jer. Sporting dan memberi kerjasama. Aku cam.. Wow ! Bagus diorang. Demi anak anak , masing masing berkorban. Huhuh.. 



Aariz teruja nak bergambar gak selepas tengok kakak dia bergambar. Apakah dia akan ke situ juga ? Memang aku berkira kira gak sekarang ni. Tapi Zahra tak kasi ! Hahahaha.. Kang dia tak jadi perhatian lak. Semua beralih ke Aariz. Hahaha.. 

Aturan majlis berjalan dengan baik. Jam 2 petang , majlis di Dewan Jabatan Imigresen Putrajaya ni dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian disusuli dengan tarian pembukaan oleh pelajar dari kampus Tanggilan di Presint 11. Untuk pengetahuan , Tadika Arina ada 4 kampus di Putrajaya. 

Selepas tarian pembukaan, ada penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang. Alhamdulillah... Semangat diberikan untuk mereka agar punya cita cita untuk berjaya di kemudian hari. 

Sampai giliran Zahra. Pantas aku keluarkan Insta 360 One X. Amik video ! Aku tergelak gak tengok dia. Mata dia meliar mencari seseorang. Bila terpandang aku, dia tersenyum. Mencari juga rupanya ! Huhuh. Apa agaknya perasaan dia  jika aku tak datang ? 

Lagu bermula... dia mula menari ikut rentak. Terabur tapi dia tetap menari dengan penuh keyakinan. Yer , itulah Zahra. Penuh keyakinan ! 





Alhamdulillah. Dan di penghujung tarian , dia tamatkan dengan signal PEACE ! Suka suka dia jer buat macam tu ! Lari dari yang lain. Hahahah. Adoiiyai ! Satu persembahan yang enjoy ! Ibu bapa pun gelak ketawa melihat telatah mereka di atas pentas. 

Tahniah buat Puan Arina , guru guru di Tadika Arina atas segala usaha mereka bagi memastikan Hari Graduasi ni berjalan dengan meriahnya. 

Bagi mereka yang tinggal di area Putrajaya , tercari tadika untuk anak anak korang tu , boleh la gi daftar sementara ada kekosongan ! Dari usia 4 tahun gitu.. 

Hari pertama Aariz ke Tadika Arina, Putrajaya

$
0
0
Wife cerita dia begitu teruja. Dia yang kejutkan mak dia bangun pagi. Jam 6 pagi ! Fuh  dasat tul semangat. Persoalannya  sampai bila dia mampu bertahan ?? Maksud aku , tak menangis dan mencari ibunya !

Ikutkan , biasanya dia akan dihantar ke rumah mak aku. Tinggal sehari dua kat sana sehingga aku balik dari outstation. Tapi saja nak tengok camana dia punya perangai dan kemahuan ke sekolah. Tu yang test hantar tu..


Nah kau.. Siap bersara pan pagi ! Bapak dia pun tak gini punya semangat bab sarapan. Hahahaa..


Dalam kereta.. Si kakak tak nak si adik sekolah sekali dengan dia. Kenapa dan mengapa ? Zahra tak kasi tau. Yang pasti, dia menangis tak nak Aariz ikut. 

Terpaksa guna kaedah antar kakak dulu. Bukan satu kelas pun. Kelas Aariz seusia 3 tahun. Cam Aariz la..


Tak pandang belakang dah. Sendiri turun kereta nak masuk ke dalam kelas.



Diberitakan  hanya menangis pada jam 11 pagi. Kasi susu, tangisan hilang dan kembali bermain dengan kawan kawan. Yer, bermain sambil belajar di sana. Dan makan.. Seronok sangat dia..



Dari jam 8 malam hingga subuh.. Beginilah. Tewas sejak dari jam 4 petang lagi katanya. Memang dia akan tidur semula jam 11 pagi dan petang sekali.

Menurut cikgu... Aariz meninggalkan kenangan buat mereka. 2 kali berak ! Tu dia !!


Bagi mereka yang berminat nak hantar anak mereka ke Tadika Arina , Putrajaya ... sila booking sekarang  ! Sementara ada sedikit kekosongan.  Hubungi terus ke 016-313 2183 .

Agen Agen Travel di Fam Trip Pesona Seremban , gila gila rupanya !

$
0
0
Ini kali pertama aku join Fam Trip di Negeri Sembilan. Sebelum ni dah beberapa kali aku dapat jemputan tapi terpaksa tolak sebab anak anak. Takda sapa boleh jaga mereka. Tapi kali ni, mereka di sekolah dan wife akan amik alih selepas abis waktu persekolah.

Bila wife setuju, baru aku terima jemputan. Dan ternyata Fam Trip 'Pesona Seremban'  dibawah kelolaan Majlis Perbandaran Seremban  atau MPS sangatlah menyeronokkan ! Pada awalnya aku sedikit 'menyorokkan' diri aku. Bukan apa... aku takut aku 'over' di sana. Aku ni kan giler giler perangai dan mulut leh tahan gak laser kalau tak dijaga ! Biasanya berlaku jika dah mula panas dan tau hati budi masing masing. 

Selepas selesai satu event , barulah aku nampak masing masing punya giler giler ! Serius !! Memang giler giler ! Tak sangka lak aku agen travel begini punya sporting dan giler giler perangai. Dan sememangnya mereka kena bersikap sporting sebab nak pastikan client bersama trip mereka , tidak membosankan ! Dan blogger , ada 2 orang jer. Syok ! Hahahaa.. 




Nanti aku cerita kat korang mengenai ' Pesona Seremban'. Aku sendiri tak tau Seremban begitu menarik sekali. Dan InshaAllah , selepas ni... aku akan ajak anak anak redah Seremban lak. Asyik main Putrajaya dan Cheras jer. Nilai pun aku tak tau apa produk menarik di sana walhal aku tinggal berdekatan Nilai jer ! Huhuh..

Dan yang pasti , Fam Trip ' Pesona Seremban' memang berbaloi untuk aku dan mereka ! Tahniah Majlis Perbandaran Seremban !!

Simpan harta untuk anak anak tu bagus tapi yang tak bagusnya ialah..

$
0
0

"Duit SSPN , Tabung Haji , ASB budak budak ni potong dah ?" tanya aku. Tugasan bab simpanan ni , aku memang serahkan kepada wife jer.

"Potongan  zakat pendapatan diorang tahun lepas , camana ?" tanya aku lagi.

"Amboi.. jauh dari had kelayakan lagi la.. Kena rajin lagi menyimpan. " jawab wife.  Eh.. tak banyak eh ? Hahaha.. Ingatkan dah wat kawin dah. Kot la nak bermenantu awal ! Hahahaha.. Gatai benor aih.. Ke bapak dia yang nak nehh ??? Uhukk..

Bukan apa.. Kena amik berat hal hal begini. Aku sebagai ketua keluarga, kalau tak laksanakan tanggungjawab aku ni , akhirat kena soal.. naya nak menjawab !

Untuk pengetahuan kita semua terutama buat mereka yang tak tau , tak nak amik tau dan juga mereka yang terlepas pandang , Lembaga Zakat Selangor baru baru ini melancarkan kempen kesedaran buat mereka yang beragama Islam.. diulangi , mereka yang beragama Islam yer ! Haa... 

Kempen yang diberi nama Zakat@Family ini bertujuan untuk memberi kesedaran akan tanggungjawab masing masing dalma memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu di bawah tanggungan dan juga jagaan mereka dilaksanakan dengan baik.


Ini melibatkan setiap harta yang mereka miliki dan bukannya bergantung pada usia kelayakkan  termasuklah kewarasan pemilik harta untuk membayar zakat ! Kesedaran ini penting dan ramai tidak mengambil berat akannya.

Sebagai penjaga , kita kenalah pastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri , pasangan , tanggungan atau individu di bawah jagaan kita setelah mengetahui kelayakkan serta jumlah pembayaran bagi mereka yang terlibat. 

Jangan risau.. Tak payah nak peningkan kepala tu ! Kalau tak tau , call jer. Kalau tahu  akan prosedur dan kelayakkan , boleh kira sendiri kemudian buat je bayaran jika layak ! Jika tidak layak , tak payah bayar. Jangan risau .. Allah Maha Mengetahui.



Percayalah.. Takda sapa jatuh muflis selepas membayar zakat ! Yer , ada yang takut miskin lepas bayar zakat ! Huhuhu.. Apa punya pikiran daaa ! 

Tunaikan kewajipan kita ! 








McDonald's Malaysia bersama program Kembali Ke Sekolah 2019

$
0
0
McDonald’s Malaysia memberi kembali sebanyak RM569,000 kepada negeri Kedah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti McDonald’s. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’.



Terbaik dan tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia atas program program komuniti yang telah mereka anjurkan sepanjang tahun 2019. Insan insan yang terlibat dibawah program itu mesti terasa gembira dan terharu.  Dan yang terbaru di bulan ini ialah ' Back To School Programme ' atau ' Kembali ke Sekolah ' di seluruh negara. 

Untuk pengetahuan rakan pembaca blog yang disayangi ini , McDonald’s Malaysia di Kedah baru baru ini telah menyampaikan lebih RM560,000 melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah. Ini adalah inisiatif oleh syarikat khidmat segera terkemuka tersebut bagi memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.  

Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah kali ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya di Sungai Petani, Kedah. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

Turut hadir di majlis ini ialah YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.


Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100. Seramai 1,680 kanak-kanak dari 56 sekolah di seluruh negeri Kedah menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

Sekali lagi , tahniah buat McDonald's Malaysia atas program komuniti mereka pada tahun ini ! Semoga di tahun mendatang , mereka akan lebih berjaya dan seterusnya membantu golongan yang memerlukan di negara ini. 



Seremban ni menyeronokkan rupanya tapi..

$
0
0
Aku tinggal di Sepang. Berdekatan dengan Nilai dan Seremban. Tapi aku tak pernah berminat nak explore Nilai dan Seremban sebab takda apa apa yang menarik ! Walaupun dah sudut pemakanan dan juga lokasi lokasi menarik mahupun taman serta tempat penginapan. Segalanya aku ke arah Putrajaya dan Kuala Lumpur ! 

Kenapa ini boleh terjadi ???

Apakah salah aku yang tak nak amik tahu atau berminat untuk mencari sendiri ? Mungkin ! Tapi ini zaman viral !! Bila viral baru kita nak gi test try gitu ! Pastu baru tau. Selagi tak nampak visual atau membacanya , jangan mimpi la kan ? 

Akhirnya , aku berpeluang menjejaki tempat tempat menarik di Seremban ! Jauhnya dari rumah aku cuma 40km jer ! Sama macam aku nak pergi rumah mak aku setiap kali nak mencari restoran menarik untuk menikmati juadah tak kira la tengahari atau malam ! 



Ramai tak tau pasal sejarah Seremban ni ! Diorang nampak.. aku ! Bukan diorang.. aku yang tak tau atau terlupa pasal Seremban ni ! Bila sebut Seremban , dalam kepala aku cumalah Adat Pepatih dan rumah popular di Negeri Sembilan yang unik serta anak anak dara Nogori yang cun cun tapi takut untuk aku dekati ! Pasal apa ? Korang rasa sebab apa ? Haaa.. cer kabo skit kat pembaca lain melalui ruangan komen tu haa ! Hahahaha.. 

Ok..Selama 3 hari 2 malam , aku join Fam Trip ' Pesona Seremban' , akhirnya mata aku terbuka dengan seluasnya..

Perghhh ! Menarik giler Seremban ni ! Apasal aku tak pernah tau ? Apasal takda sapa kasi tau ? Asyik asyik ke Utara atau Pantai Timur ! Ada tempat menarik rupanya berdekatan dengan rumah aku ni !! Tapi tiap kali cuti menjelang , buntu nak pergi mana ! Akhirnya , Alamanda dan juga taman taman di Putrajaya ! Sekarang... Seremban dalam radar percutian singkat aku ! 

Apa yang menarik sangat di Seremban ni ??? Fuh... fuh.... Banyak ! Sebelum tu , kita baca sedikit sejarah mengenai Bandar Seremban yang juga ibu negeri bagi Negeri Sembilan.

Nama sebenar bandar Seremban adalah Sungai Ujong. Seremban dipercayai mendapat namanya dari sebuah permainan tradisional iaitu Sarimban. 

Sarinban ini adalah sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil. Permainan tradisional ini amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan pada waktu lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban. Seremban juga turut dikenali sebagai Seng Hyang Ujung, Saing Ujung atau Semujung.

Bandar Seremban terletak di hulu Sungai Linggi yang merupakan sungai terbesar di Negeri Sembilan. Sungai Linggi mengalir dari bahagian selatan Bandar Seremban sehingga ke sempadan Melaka dengan Negeri Sembilan.

Seremban juga adalah merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan dan merupakan salah satu daerah daripada keseluruhan tujuh daerah di Negeri Sembilan. Pentadbiran bandar dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban.".

Kita sambung baca lagi ..

"Lokasi Seremban terletak kira-kira dalam 30 kilometer ke darat dan ia terletak dalam lembah Sungai Linggi di kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Bentuk muka bumi Seremban secara umumnya berbukit-bukau dan tanahnya adalah tanah laterit merah.

Tanah laterit merah tersebut menjadikannya sesuai untuk peladangan getah dan juga peladangan kelapa sawit. Oleh kerana itu, Seremban menjadi pusat pertanian di Negeri Sembilan. "

Ni baru 2013 ! Sekarang dah 2019. Lagi banyak perubahan di Jalan Tuanku Munawir ni !

Sungai Linggi mainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan bandar Seremban. Ketika perlombongan bijih timah dilakukan secara besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama yang digunakan oleh para pedagang bijih timah. Kini, Sungai Linggi merupakan sumber air utama di Seremban dan Negeri Sembilan."

Untuk pengetahuan korang.. aku pun baru tau gak.. bila pergi ke bandar Seremban ni , aku cam pelik gak tengok orang orangnya. Dan barulah aku tahu... 

"Seremban mula dibangunkan ketika penemuan bijih timah pada tahun 1870 an sama seperti bandar-bandar besar lain di Semenanjung Malaysia. Penemuan bijih timah di kawasan berdekatan iaitu Rasah menyaksikan kedatangan imigran Arab, Melayu dan Cina untuk bekerja di lombong ini dan juga berniaga. "



Kedua dua lokasi ni , korang akan lalui jika buat Seremban Trail. Turun dari Komuter , kemudian berjalan kaki ! Syok woii ! Kurusssss. Pastu baru cari makanan makanan enak di Seremban ni. Berbaloi !

"Penduduk Melayu tempatan pula kebanyakannya bekerja sebagai petani dan keberatan untuk menempuhi cabaran-cabaran baru dalam bidang perlombongan bijih timah. Kota Seremban memiliki persamaan dengan kota Bukit tinggi.

Seremban yang pada awalnya membangun bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga sebagai sebuah pusat perniagaan. Sungai Linggi merupakan satu-satunya laluan keluar masuk untuk mengangkut bijih timah dan bekalan-bekalan lain untuk keluar dan masuk ke bandar.

Pendapatan Sungai Ujong tidak hanya datang dari dagangan bijih timah tetapi juga dari kutipan cukai yang banyak yang tidak disukai oleh para pedagang dan kolonial British di pelabuhan terdekat iaitu di Melaka.

Pembesar tempatan, Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar di Sungai Ujong berebut akan hak memungut cukai dan ketuanan dan penguasaan lombong-lombong bijih timah sehingga berlaku persengketaan antara mereka.

Persengketaan tersebut membuka peluang kepada pengaruh British di Negeri Sembilan. British memihak kepada Dato’ Kelana setelah dijemput dan mengalahkan angkatan Dato’ Bandar yang kemudiannya dibuang negeri ke Singapura.

Sebagai tanda penghargaan kepada British yang telah membantu beliau menang dalam peperangan menentang Dato’ Bandar, Dato’ Kelana tiada pilihan lain selain menerima Residen British yang menjadi penasihatnya dalam bidang yang tidak berkaitan dengan agama dan adat Melayu.

Kapten Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama dan kemudian tinggal di Channer Road, yang kini dinamakan sebagai Jalan Dato’ Siamang Gagap. Sejurus selepas itu, penduduk Rasah mula berpindah berdekatan Channer Road bagi menjamin keselamatan mereka dan pentadbiran yang lebih teratur."

Seronok sebenarnya sejarah Seremban ni. Kalau korang pergi sendiri dan terokai dengan mata kepala serta menganalisa dengan otak korang yang bijak bistari tu , mesti korang akan kata.. 

" Wow Ben , baru aku tauuuu ! Apasal kau tak kasi tauuuu aku dulu ? ".

Hek ele.. aku pun baru ! Salahkan 'diorang' la tak kasi aku tau.. Nasib baik ada 'Pesona Seremban' ! Kalau tak , sampai kiamat la aku tau Seremban ni ada stesen Komuter jer ! Huhuhhu.. Dan sebenarnya sejarah Seremban ni , kena dengar dari mulut orang orang lama di Seremban ni.. baru syok ! 

Nanti aku sambung cerita lagi naa ! Ke mana aku pergi bersama 'Pesona Seremban' ni ! 

Infomasi  - Sumber dari Sejarah.My

Silau ketika memandu malam ? Risau mata rosak ketika menggunakan telefon pintar atau laptop ?

$
0
0
Tadaaa.... yer, aku dan ramai lagi rakan rakan dah guna kanta Alpha Blue 420 ni. Tak caya , cuba la Google tajuk Alpha Blue 420 ni ! Haaa , dan ternyata mereka berpuashati ! Harga ? Pergh... jangan tak caya laa dengan harga dia ! Murah wooo !! 

Ok..Korang layan video ni dulu.. Tengok sendiri naaa ! Ajak kawan kawan tengok sekali. Pastu kasi share sekali la.. Ramai nak buat cermin mata anti silau dan anti blue ray ni tapi risau harga mahal. Kali ni , tak yah risau.. harga cun punya! Pergh.. macam aku punya kedai lak.. Hehee.. tapi serius, kalau nak.. pergi jer. Cakap je 'Ben Ashaari yang suruh datang ! ' , InshaAllah.. dapat harga cun punya. 




Kat mana nak beli ? Bagi mereka yang ada di sekitar Kuala Lumpur ,  bolehlah ke Sungei Wang Plaza , Bukit Bintang.  Kemudian gi ke Level G . Pastu cari kedai ni yang terletak di lorong di sepanjang kedai kedai cemin mata di situ. Ada banyak kedai kat situ. Tapi aku syorkan gi dulu sini sebelum korang nak tengok kedai kedai lain. Memang banyak kedai cermin mata kat situ tapi apa yang best ialah , yang berjenama pun korang boleh dapat dengan harga di luar minda korang ! Hahahah.. 

Dan menariknya , aku punya spek yang biasa buat.. berminggu baru siap..kat situ , sejam je settle ! Bingkai aku ni , dah setahun. Aku ingat lagi , aku buat pada harijadi aku tahun lepas. Ni dah masuk setahun. Berkali dah terduduk atas dia. Alhamdulillah , ok ! 



Cari 'Mr,Jun' dan bagitau password tu ! Hahaha.. Dapatlah diskaun ! Atau boleh call mahupun Whatsapp jer ! 

Hubungi  : 

Mr. Jun - 016 3636 464 

Instagram :  Eyes Vision Group






AZYMA Care Clay Body Wash , produk muslim Halal yang patut korang milik kerana..

$
0
0
Sejujurnya , memang aku cari produk mandian bagi mengantikan Cosmoderm yang selama ini aku pakai. Kenapa aku tak guna dah ? Haa.. tu panjang ceritanya. Tak kisah la. Yang penting sekarang , aku dah jumpa satu body wash yang boleh aku pakai dari kepala hingga ke tumit ! Tak perlu dah nak beli shampoo dan pencuci muka ! 

Pada awalnya , aku ingat AZYMA Care Clay Body Wash ni sama cam produk produk yang viral di media sosial masa kini. Tapi rupanya ada kelainan ! Tu yang menarik minat aku untuk duduk lama dan mendengar satu persatu akan kelebihan produk ni bersama pemiliknya. 

Bila dia kata body wash AZYMA Care ni ada kandungan tanah liat , aku cam.. wow ! Mesti power ni. Packaging dia pun dah menarik ! Warna dia , oren.. warna feveret aku tuh ! Hahaha.. Dan bau dia.. Fuh , teringat akan satu produk yang aku suka guna ketika remaja dulu. Bau citrus ! Tapi baunya tak la pekat sangat. Sedang sedang sedapnya.  Serius , sabar nak balik dan cuba. 



Rahsia di sebaliknya cukup mengagumkan aku ! Tanda tanda produk Islamik.




Aku dah cuba guna pada Qhaliff , Zahra dan Aariz. Masing masing mandi dengan seronoknya. Siap shampoo kepala terutama Aariz. Biasanya dia akan menjerit tak nak ! Tapi kali ni , tenang jer dia. Bila aku pakaikan kat kepala dia , aku biarkan turun ke muka. Nak tengok pedih ke tak. Dia tak menjerit pun. Begitu juga Zahra dan Qhaliff. Alhamdulillah.. 

Dan kandungan dia... bukan calang calang  ! AZYMA Care mementingkan kualiti. Mengutamakan kepuasan pengguna berbanding keuntungan. Harga setanding dengan kandungan yang terdiri dari bahan semulajadi seperti bungaan dan tanah liat. Apakah kelebihannya ?

Tanpa Diethanolamine
Tanpa Parabens
Tanpa Silicones
Tanpa Synthetic Colourant
Tanpa Lyral (Fragrance)
Tanpa No Animal Ingredients





Aku tak jual yer.. Kalau korang nak tau lebih lanjut , 


Tak tahu nak makan di mana malam ni ? Jom ke Benteng Walk Seremban !

$
0
0
Aku sering tercari-cari tempat makan yang best dan beraneka pilihan. Tapi tak nak masakan dari orang bukan tempatan dan masakan barat ! Arghh... boring boring boring ! Nak makan masakan tempatan dalam bentuk santai. Haa... ni yang sering aku cari dan payah nak jumpa walaupun ada ! Mungkin tak viral atau aku yang tak tau. Heee.. 

Nah, di Seremban.. Ada satu port baekkk punya untuk kaki makan ! Boleh aku katakan , berbaloi giler la kalau korang ke sini ! Tarak menyesal punya. Bersih satu hal.. macam macam ada tu satu hal lagi ! Dan nak lagi syok , kalau korang datang beramai ramai , kasi open satu table dan beli semua yang kelihatan sedap di situ.. kasi letak atas meja dan makan berjemaah. Kat situ , boleh ! Takda sapa nak larang. Kau boleh beli dari kedai lain , makan di meja kedai lain. Takda sapa nak marah kau punya ah !! Menarik kan ?

Sejujurnya , aku lupa nak amik gambar makanan ketika berada di sini. Bukan apa.. semua nampak sedap sangat ! Tak sampai hati nak letak sekeping dua gambar makanan walhal semua sedap. Yang menariknya , masakan tu original orang Nogori punya. Kau boleh rasa perbezaan ! 

Tapi kalau korang tanya aku apa yang sedap.. korang leh try satay , laksa , mee kari , gulai tanjung , sup kambing , nasi lemak pisang , pepes , ayam percik , tauhu bergedil , roti john , apam balik , mee rojak , yong tau fu , nasi goreng sardin.. eh , banyak laaa makanan kat sini ! Korang cuma kena bayar jer. KFC pun ada haa ! Cantik je bangunan dia ! Hahahaah.. 

Dan kalau korang suka bergambar , nahhh... bersepah mural murah menarik di sini ! Amiklahhh... seberapa banyak gambar korang nak ! Takda sapa nak larang. Cun cun mural dia dengan identiti tersendiri. 

Oh ya... gerai gerai di Benteng Walk Seremban ni di buka seawal 530 petang dan berakhir pada jam 3 pagi.... setiap hari ! Huhuh... kalau nak cari makanan atau melepak beramai ramai tanpa buat kecoh , silalah ke sini.. Ada busking lagi ! Jangan lupa sedekah sikit naaa.. Heee..









Best kan ? Haaa... aku kata dah !

Tercari tayar kereta yang berkualiti dengan harga yang..

$
0
0
Tayar kereta botak ? Dan sampai masa untuk tukar ? Aku tahu.. korang mesti nak cari kedai kedai tayar yang boleh bertolak ansur dan berikan diskaun hebat termasuk bab bab teknikal tayar seperti alignment dan balancing serta upah tenaga kerja !

Bagi mereka yang tinggal sekitar Shah Alam dan juga yang berhampiran dengannya, aku cadangkan korang ke Supremo One Stop Centre di Seksyen 15.

✅FOC Alignment
✅FOC Tyre Balancing
✅FOC Full Car Wash
✅FOC Labour Fees

Amacam ? Tak menarik ke ??? Aku dah try pergi sini dan buat pemeriksaan tayar. InshaAllah , akan tukar dalam masa terdekat sebab diaorang kata tayar aku masih boleh pakai ! Sila baca artikal yang pernah aku tulis di : 

Pemilihan tayar kereta bergantung pada jenama atau bunga tayar ?

Sekali paku melekat kat tayar aku da !! Nasib baik ada Supremo One Stop Centre !

Tukar tayar murah di Shah Alam, pakej safety bar Ultra Racing







Kalau nak tau jenis atau jenama yang terlibat , korang boleh terus ke Facebook mereka. Segalanya ada di sana ! 

Blogger kena bijak ! Jangan asyik 'FOC' jer !

$
0
0

Banyak kali dah aku ditanya mengenai bayaran blogger oleh blogger ! Camana nak dapatkan income dari blog dan bagaimana nak minta dibayar melalui kerja kerja yang mereka buat. Hurmm.. Aku tak suka tulis sebenarnya. Aku lebih suka duduk borak dan bertukar pandangan. Sebab apa begitu ? Aku malas nak berbalah di media sosial. 

10 tahun dah aku di dunia media sosial. Pernah sebilik di Korea dengan blogger terkenal Malaysia yang lebih awal berblog dari aku dan pendapatanya berganda lumayan dari aku ! Beberapa hari bersamanya , macam macam cerita aku dapat dan juga tips mengenai dunia blog. 

Ada beberapa jenis blogger di Malaysia ni :

  1. Bekerja profesional sepenuh masa dan blog cumalah hobi di masa lapang.
  2. Blogger separuh masa dan ada kerja kerja sendiri seperti agen insuran dan sebagainya
  3. Blogger sepenuh masa dan pendapatannya dari dunia media sosial.
Blogger kena bijak ! Dari dulu lain , ramai blogger kena pijak ! Aku antaranya. Bila dah sedar , aku tukar cara aku dan ianya berhasil ! Alhamdulillah.. Tak kaya tapi boleh la sara anak bini dengan hasil dari penulisan maya aku. Bukan bertaraf profesional tapi punya tarikan tersendiri. 

Ok.. Sebagai blogger , kena tau yang mana boleh percuma dan mana yang kena bayar ! Tapi sebelum kita nak demand sebarang bayarang atau pun token ,  pastikan kita punya level di mana ! Zaman ni populariti amatlah penting. Tak kira blogger , instafamous , Youtuber , Tweeter, streamer, ghost writer dan apa jua gelaran di media sosial , perlu ada populariti ! Jika anda popular , tak perlu dah nak tunjuk sebarang bukti. 'Mereka' akan cari korang sendiri. 

Bagaimana pula jika tak popular ? Sediakan bukti ! Apakah bukti itu ? Ok.. buat satu profile khas dan juga rate card. Tulislah infomasi yang penting di dalamnya. Antarnya , trafik blog harian dan bulanan. Job job yang pernah korang terima dari brand terkenal. Letak juga jumlah followers yang korang ada. Tak kira la FB , IG , Twitter , Youtube dan sebagainya. Bagi bukti jika ada. Jangan main taruk angka tanpa sebarang bukti. Cari pasal namanya.

Alasan network ? Ececece... Korang bila gi event , pertama sekali cari kawan kawan blogger ! Pastu duduk sembang borak ! Ada ke gi jumpa PR atau tetamu yang lain kemudian berbual santai dan bertukaran kad perniagaan ? Ada ??? Tak ramai buat gitu. Maka itu bukanlah mendapatkan network. Tapi gi untuk tolong 'mereka' promote event tu jer.. Rugi dah kan ?


Jika ada kedua dua ni , korang boleh demand bayaran ! Jika tiada ? Jangan risau.. Korang boleh lagi dibayar jika pandai berkomunikasi. Camana ? Tanyalah mereka yang offer job tu pada korang. Jika mereka menghubungi korang , pastinya korang seorang penulis yang bagus ! Mereka nak gunakan khidmat korang tu ! Takkan percuma ??? Melainkan jika tawaran diberikan tu berbaloi ! 

Berbaloi ? Camana berbaloi tu ??? Makan jer ok tak ? Ke dapat tidur di hotel ? Atau dapat gi jalan jalan ? Secara jujurnya , aku akan tengok offer tu datang dari sapa? Jika agensi PR , aku akan tanya bayaran sebab mereka pun akan charge client mereka. Diorang pun nak ada gaji dan nak bayar gaji pekerja mereka. Takkan free kot ? Kalau mereka dibayar , kita camana lak ?? Melainkan offer tu menarik.. Contohnya makan di tempat yang gempak gempak dengan kos yang berbaloi.. trip melancong ke luar negara atau dalam negara di lokasi yang kita memang impikan ! Nah.. ini berbaloi..

Dan jika datangnya dari mereka yang tidak bekemampuan seperti baru buat bisnes atau bajet mereka ciput , ini terpulang kepada budi bicara korang dan cara mereka approach korang.  Sedekah. Niatkan gitu jer. 

Seperkara yang perlu korang tau... bila korang demand bayaran bermakna korang kena berikan yang terbaik buat mereka. Dan ini yang penting ! Kebanyakkan blogger suka janjikan mereka boleh berikan pulangan yang tinggi ! Kononnya jualan akan lebih tinggi dan client korang akan untung besar ! Atau client korang akan harapkan sale akan lebih tinggi ! Korang kena fahamkan tugas korang cuma buat promosi dan awareness ! Jika mereka harapkan keuntungan , minta mereka gi ke TV atau Radio mahupun pasang je papan iklan di tepi jalan ! Kalau setakat bayar RM100-200 pastu harap untung besar , lebih baik kita beli je produk tu dengan harga borong dan kita jual sendiri ! Lagi untung begitu !! Kan ? 

Panjang nak tulis ni tapi aku pendekkan.  Banyak entri nak kena tulis ni ! Huhuh.. Rezeki.. Alhamdulillah.  Akhir kata... jadilah blogger yang bijak.  Jangan dikerah korang punya kreativiti tapi korang tak dapat apa apa !  Dapat syok sendiri jer ! Yer , aku dah rasa 9 tahun lepas menda ni. Sampai satu masa , korang terfikir... 

Anak di rumah ditinggalkan. 
Masa terbuang. 
Bil internet kena bayar. 
Handphone problem. 
Terkejar masa nak update blog.
Duit tol , petrol..
Duit pengasuh.. 

Mau bijak la skit yer. Kalau win win situation , pastikan pihak terbabit mempromosi korang juga. Bukan amik hasil korang pastu post di page mereka tanpa sebarang kredit pun ! Bila viral .. korang nak kata apa ? Tu aku punya tu ? Tapi apa bukti ? Page tu yang dapat untung .. korang ? 

Berbakti atau nak buat khidmat masyarakat sekali pun... kena selidik latar belakang ! Jangan telan air liur bila dengar atau baca , Youtuber  masyuk ... Instagrammer masyuk.. Tapi blogger ? Syok sendiri !

Di Seremban , apa yang best ? Pesona Seremban boleh bantu anda !

$
0
0
Cuti sekolah dah bermula. Nak gi mana yer ?Hurm... Nak bercuti luar negara, seluar dalam pun lom tukar lagi ni ! Huhuh.. Dah berlubang dah ni woiii ! Hahahaha.. Aku gurau jer. Seluar dalam aku cun ok ! Berjenama lagi ! Hello Kitty kauuu ! Haaa.. Hahaha.. Ok ok.. Masuk air lak aku pagi pagi ni. Maklumlah , cuti. Gym pun ponteng pagi ni. Kerja banyak nak kena uruskan. 

Berbalik pada isu utama di negara ini. Cuti sekolah dah bermula. Nak ke mana ? Ada yang menuju ke klinik. Bersunat laaa best ! Hahaha.. Adeh.. Ada yang menuju ke KLIA. Terbang ke luar negara. Masa untuk bermain salji dan menikmati cuaca sejuk. Untunglah kauuu ! Hehehe.. Abam Beng jeles hokeyyy ! Hehehe.. Alhamdulillah.. nikmatilah percutian itu ! 

Nah.. bagi mereka yang ingin bercuti dalam negara jer seperti jiran aku tu , maka aku boleh cadangkan beberapa tempat menarik.. Korang leh gi Osaka atau Paris. Eh , tu bukan dalam negara. Hehee.. Korang leh ke Seremban , Negeri Sembilan ! Best wooo !! 

Tahukah korang bahawa banyak bangunan bangunan bersejarah terletak di Seremban ??? Tak tau kan?? Apa la korang ni ! Tu pentingnya sejarah ! Asyik sibuk dengan sejarah negara orang tapi sejarah di negara sendiri , tak power rangers tul ! Huh ! Tengok cam aku ni ! Pergh.. aku pun tak tau sebenarnya. Dah sampai tempat tu, baru aku tau ! Heee. Bukan tak tau tapi dah lupa ! Belajar masa SPM dulu hanya untuk lulus exam jer. Salahkan 'mereka' yer ! 

Nah.. untuk lebih seronok lagi kembara di bumi Negeri Sembilan ni , dapatkan pamplet begini di pusat pusat pelancongan di situ.. Macam macam infomasi ada dalam tu ! Dan korang jejakilah tempat tempat menarik melalui petunjuk dan peta di situ. Macam aku dan rakan rakan media ' Pesona Seremban ' lakukan baru baru ni !





Bagaimana nak ke Seremban ? 

Ok ok.. kita borak serius ! Haa , tamo main main naaa ! Kang masa terbuang gitu jer. Ok , camana nak ke Seremban ni ? Ada banyak cara ! Tapi yang pastinya, takda terowong masa atau jalan bawah tanah untuk ke Seremban ni ! Darat , udara dan laut ! Boleh ! Haaaa...Lain lain , takda !

Laluan darat.. kalau nak kembara dengan rakan rakan , aku syorkan naik keretapi atau KTM . Dari mana mana stesen KTM , terus ke Seremban tanpa perlu bayar tol dan isi petrol ! Mudah bukan ? Haa.. aku kata dah ! Ingat aku suka tipu ke ?? Haa..


Kalau guna kapal terbang atau bahasa melayunya , Aeroplane... turun kat KLIA pastu naik je kereta atau bas terus ke Seremban. Nak lagi mudah tapi guna duit , sewa je kereta. Heee.. Pastikan sewa kereta awal awal lagi. Jangan dah sampai baru nak sewa kereta. Naya gitu. Heee..

Ok.. kalau dari laut pulak. Korang naik feri atau bot laju , singgah sebentar ke Pulau Jawa. Beli belacan di sana kemudian teruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Turun kat Jeti Pulau Pinang , pastu naik la ETS ke Seremban. Heeee... Aku gurau jer ! Heehehe.. Mana ada laut kat Seremban. Port Dickson ada la.. Serius lak dia baca . Hee..

Penginapan 

Sambung sambung.. Hotel ? Jangan risau. Aku syorkan dua tempat penginapan yang mengikut kemampuan korang. Berapa bajet ? Berapa hari ? Berapa ramai ? Haaa.. Ada dua tempat yang best. Aku dah cuba dua dua. Kakitangan mereka sangat bagus. Kalau nak yang bajet bajet , boleh menginap di d'Sora Boutique Business Hotel yang terletak di Bandar Sri Sendayan. Ni dekat sangat dengan Masjid Sendayan yang sangat cantik ! Jalan kaki jer ke situ. Boleh bergambar dengan sepuashati hati. Dan Masjid Sendayan ni ada kisahnya yang menarik ! Baca SINI dan sapa yang mewakatkan Masjid Sendayan yang bernilai RM100 juta ini ??? Fuh... Wakaf ok ! Baca di SINI.





Instagram : d'Sora

Kalau korang nak duduk hotel siap ada aktiviti menarik , nah... sila menginap di Klana Resort Seremban. Besar hotel ni. Bilik yang baru dinaik taraf . Selesa. Bersih. Kolam renang yang besar. Ada pelbagai aktiviti mencabar khas bagi mereka yang ingin beraktiviti lasak mahupun nak buat team building.







Klana Resort Seremban 

Ok.. penginapan dah ada kan ? Kalau nak bajet bajet hotel sekitar bandar Seremban pun ada banyak. Tengok je di Traveloka atau Booking.com . Segalanya mengikut bajet bajet korang untuk percutian singkat dan dekat jer ni. 

Jejak Warisan Seremban

Nah... Sekarang masa untuk terokai bandar Seremban. Apa yang best di Seremban ? Bagi yang meminati Budaya dan Warisan , korang boleh ke Muzium Negeri Sembilan , Galeri Diraja Tuanku Jaafar , Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan. Boleh baca infomasi sebelum pergi di laman web Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Selain tu , korang boleh buat Seremban Heritage Trails. Menarik ni ! Antara tempat yang boleh singgah bergambar seperti di Seremban Railway Station , Seremban Lake Garden , O KM Seremban, Dataran Seremban , BSN Building yang mana ada sejarahnya tersendiri , Seremban Municipal Council Hall , Seremban State Mosque , Sri Balathandayuthapani Temple , Seremban Visitation Church , Istana Hinggap , The Oldest Rubber Tree Negeri Sembilan , Gudwara Sahih Sikh Temple Negeri Sembilan State Assembly , Seremban Old Police Station dan banyak lagi. 

















Pelancongan Eko 

Eco Tourism. Ini satu produk yang wajib ada di setiap negeri. Dan di Negeri Sembilan , memang ada banyak. Yang sempat aku singgah ialah di Kg. Jkin. Di sini memang syok untuk buat teambuilding. Suasana hutan dan ditemani bunyian unggas rimba yang cukup mendamaikan. Ada chalet dan juga boleh berkhemah. 







Kg. Jkin Resort
Instagram : Kg. Jkin Resort


Selain tu korang boleh terokai Gunung Angsi , Bukit Kepayang , Gunung Berembun dan Taman Eko Rimba. Ini kaki hiking dan peminat alam semulajadi  memang akan suka la. Menyeronokkan. Keluar dari hiruk pikuk kotaraya ! 

Makanan pula , macam aku pernah cerita sebelum ni , kalau nak layan street food , sila ke Benteng Walk Seremban. Kalau nak rasa makanan masakan negeri , boleh cuba ke Restoran Selera Nogori , Sate Tulang , Restoran Leha World dan banyak lagi. Yang ni kena rajin tanya penduduk setempat. Banyak yang baru baru dan menarik untuk dikunjungi. 

Amacam ? Cukup tak ? Ni baru Seremban. Haaa... belum masuk bandar bandar lain di Negeri Sembilan ! Hahaha.. Ok ok.. aku nak gi cari makan. Teringin lak Satay Minang tiba tiba ! Hehehe..

Sebarang pertanyaan mengenai Seremban , boleh rujuk ke PESONA SEREMBAN

Hotel ni menakutkan tapi di aplikasi kelihatan cun!

$
0
0
Rakan di Facebook up status...aku terus pm tepi tengah depan dan belakang untuk mengetahui cerita. Bukan nak busy body tapi risau gak kot kot dia nginap di hotel yang aku promote.. Huhu.. Boleh bantu dia buat komplen.

Tapi tak.. Katanya dia pilih hotel tu di aplikasi online. Katanya lagi  dalam tu nampak cun tapi bila dah check in...gulp !






Bila check di aplikasi tersebut  gambar gambar yg diletakkan. Perghhhh dasat tu ! Aku pun terpikat kauu.. Memang nampak menyelerakan sama sekali. Hahahaa.. Kemas dan cun. 

Tapi lepas check in katanya, terus nak check out  Deposit dah bayar. Nak tak nak . Kena masuk nginap la. Nasib baik ramai. Kalau seorang ? Gulp . Mau terus cancel dan tidur di RNR je la jawabnya.. 

Siap ada pakej bunyi guli tu. Hahaha.. Tapi orang kata bunyi guli tu disebabkan... 

Dari Impiana Hotel Ipoh mudah ke Maps Perak !

$
0
0

Kembali ke sini. Alang alang wife kena kerja luar , dia ajak semua sekali ikut ! Dan pastinya aku syorkan menginap di Impiana Hotel Ipoh sebab sebelum ni pun pernah menginap di sini dan aku sukakan hotel ni.

Kenapa ?

Amik xtra bed

Keow Teow Goreng yang power ! 





View subuh dari tingkap bilik yang superb ! 

Kolam mandi untuk budak budak

Selain bilik yang selesa , staff yang peramah, ada kolam renang yang besar dan pastinya makanan yang enak ! Aku tak beberapa nak suka makan di luar sebab tak berapa minat nak explore mencari makanan. Aku bukan tak suka makan makanan tempatan yang sedap tapi aku elakkan nak makan makanan yang sedap ! Kalau dah jumpa yang sedap , aku payah nak berenti ! Hahaha. aku payah nak kawal bab nafsu makan ni. 

Korang boleh baca review aku mengenai Impiana Hotel Ipoh tu di SINI. Tapi promosi tu dah lepas. Korang leh rujuk promosi terkini di Instagram Impiana Hotel Ipoh di cuti sekolah ni.. Kalau korang tanya aku , apa yang best di Ipoh ni di cuti sekolah ni , aku syorkan korang ke MAPS atau Movie Animation Park Studio ! Tak jauh dari hotel ni pun. Dalam 30 minit gak la. Walaupun area MAPS tu ada hotel , Impiana ni ada kelebihan dia tersendiri ! Haaa.. Makanan , tip top la ! Ramai yang pernah datang sini , puji akan makanan dia. 

Ok... Bab MAPS.. sekarang ni ada promosi cuti sekolah ! Masuk percuma. Buka dari jam 10 pagi dan tamat siaran jam 11 malam ! Fuh , puashati ! Kalau nak main , kena guna e-card. Jangan risau.. korang letak la berapa ratus dalam tu , pastu boleh redeem semula masa nak keluar. Kenapa berapa ratus ? Sebab makan... main.. pastu beli barang BoboiBoy yang best best dalam tu ! Huhuh..

Tiket yang mana korang boleh main sesetengah permainan di dalam ni percuma !
Terima kasih Haida

Antara tarikan yang korang jangan sesekali lepaskan ! BoboiBoy 4D ! Haa , memang anak anak akan jerit kepuasan punya laaa ! Real wehhh.. Aku pun teruja. Ingatkan Spiderman di USJ, Osaka je best.. Boboiboy ni pon setanding dengannya ! Ok laaa walaupun tak sama level tapi tetap menyeronokkan bila bersama anak anak.



Kopitiam Tok Abah pon ada ! Ketawa aku tengok ! Jualan makanan tu , pastinya harga tak seperti di luar tapi apa salahnya sesekali layankan je anak anak tu. Amik je gambar bersama cafe ni ! Mana tau satu hari nanti , tak da dah menda ni ! Kita bukan tau kan ? Dah mungkin jadi sejarah.. Sekurangnya ada kenangan. 


Orang paling teruja dalam keluarga aku ialah Aariz ! Cukup suka la dia dalam ni. Orang sibuk bergambar , dia sibuk pilih barang nak dibeli ! Macam macam dia pilih tapi satu pun tak berjaya di beli ! Hahahaha.. 

Dan aku saja try sandwich nama wife aku ni ha ! Hahahaa..



Ada persembahan stunt yang sangat mengujakan ! Anak anak seronok tonton depan mata. Biasa dok tengok dalam tv jer.. Dan pastinya bini aku yang ego tuuuu.. pon tepuk tangan tengok aksi aksi mendebarkan dari krew Stunt Legends ni.. 




Ada banyak lagi tarikan dalam ni. Aku masuk agak lewat. Ingatkan tak best ! Rupanya sangat best ! Nampaknya kena repeat sekali lagi sebelum sekolah bermula.  Bagi aku berbaloi la.. Kalau cuaca cantik , korang disyorkan masuk seawal pagi dan main semua permainan yang ada dalam ni. Kalau panas, rasanya lepas jam 2 petang , ok dah.. 




Lepas keluar dari MAPS ni , aku ke Cottage 75 Cafe ! Sedap sedap makanan kat situ. Harga pun ok. Dijamin puashati dan berbaloi. Hehehhe.. Makanan tempatan dan makanan barat ada. Kiranya ada banyak pilihan termasuklah untuk anak anak.



Ada banyak lagi tarikan kalau korang bercuti di Ipoh ni. Tak membosankan la. Kena rajin google skit. Aku tak sempat nak explore semua sebab kena gerak ke Perlis lak ! Hehehe.. 

Jatuh cinta dengan Perlis

$
0
0

Dari Perak , bergerak ke Perlis. Sasaran perjalanan , 6 jam !  Bukan jauh pun tapi aku yang memandu dengan had kelajuan dan mengikut peraturan , harapnya ! Huhuh.. Wife dalam kereta risau dah. Katanya nak sampai sebelum malam sebab ada banyak kerja perlu disiapkan sebelum keesokkan harinya. 

Aku cam.. Hurm..

Tengok jam. Pasang Waze. Jika aku memandu tanpa henti , maka kami akan sampai pada jam 3 petang gitu. Apakah aku mampu memandu begitu ? Dari Impiana Hotel Ipoh , aku memandu tanpa henti ke Kangar , Perlis ! Kenapa aku berjaya memandu tanpa henti. Cuaca begitu baik. Tidak begitu panas dan tidak begitu mendung. Alhamdulillah.. cantik sekali. 

Melalui pintu gerbang menyambut kedatangan orang luar ke Perlis. Tidak begitu sesak dengan kereta dan pemandu di sini memandu dengan baik sekali. Mata aku meliar mencari restoran untuk berhenti singgah makan tengahari. 

Tak jumpa ! Pelik !! Restoran mamak pun tak nampak ! Hahahah.. Adoiyai. Perut makin keroncong. Nampaknya makan di hotel je la.

Tiba di The Putra Regency Hotel , Kangar. 

Orang kata first impression tu penting ! Dan ketika aku tengok hotel ni dari luar , aku cam.. sekadar Hurm jer ! 

Hurm jer???? 


The Putra Regency Hotel , Kangar

Daftar Masuk !

Parking mudah. Banyak kosong lagi waktu siang . Dan ikutkan hotel ni dah penuh. Tapi rezeki aku ada kenal kawan , maka dapatlah bilik keluarga di hotel ni. Dikatakan The Regency Putra Hotel Kangar ni , antara yang terbaik di Perlis. Alhamdulillah.

Masuk bilik. 

Alhamdulillah.. Luas ! Pada awalnya aku rasa cam hotel ni cam tak beberapa menepati citarasa aku tapi.. tapi ! Haaa... teruskan membaca ! 


Old skol tapi nasib baik tak hitam putih punya ! Kena tukar dah tv ni .

Kagum tengok padang sekolah ni. Luas kauuu ! 

Permandangan dari bilik waktu senja. Cantik !

Katil... bantal.. aku kasi 5 bintang ! Selesa dan best ! Lantai dia ok tapi jika basah , merbahaya. Aariz terjatuh tapi salah dia la. Dia berlari dan ketika tu lantai basah dek kerana baru naik dari kolam mandi. Benjol di kepala tapi dah surut. Hurmm.. 

Bilik air , kecil dan kena berhati hati sangat ! Jika budak suka main air dan sabun , akan jadi licin. Ini sangatlah merbahaya. Ibu bapa kena pantau mereka ketika mandi. Segerakan ! 

Selepas semalam menginap di sini , yer..  aku akui hotel ni best Ada tarikan tersendiri yang sukar nak dimengertikan.! Dan benarlah kata kawan kawan yang syorkan hotel ni.. terus terang memang best ! Jika aku ke Perlis lagi , hotel ni akan aku pilih. Kenapa ??? 

Kolam mandi dan makanan ala carte yang sedap ! 




Di coffee house , aku tanya waiter di sini. Di sebelah hotel ni ada satu restoran steam boat. Ok ke tak restoran tu ? Harganya.. Dan jawapannya membuatkan aku rasa cam.. nampaknya kena keluar cari makan di luar malam ni ! Huhuh...

Makanan di coffee house tu , sedap ! Aku test mee kari dia.  Tapi aku nak kena gak try makanan di Perlis ni. Dan rezeki aku , kawan di Facebook beritau lokasi lokasi restoran yang sedap patut aku gi cuba ! 



Malam menjelma. Kitorang ke Kuala Perlis. Dalam perjalanan , nampak Petronas. Berhenti beli air mineral dan sebagainya. Risau tak jumpa kedai runcit dan... hahaha.. Bodohnya aku aih !! Rupanya bersepah kedai runcit di sini. 

Bukan apa.. ketika di Ipoh ari tu , malam harinya memang agak sunyi. Rupanya orang kata , segala keseronokkan dah dipindahkan ke Bandar Meru. Di sana baru havoc ! Di Perlis ni.. Kangar malam hari agak tak sibuk tapi banyak kedai makan dibuka ! Cuma.. nak tau yang mana sedap dan best tu , korang kena ada 'petunjuk'. 

Malam pertama... aku degil ! Nak mencuba sendiri kedai kedai yang ada. Kononnya nak explore la ! Lokasi pilihan,.. Kuala Perlis. Dan aku kecewa ! Makanan , ok ok jer. Saja test keow teow goreng. Hurmmm..  

Dek kerana aku kecewa maka aku buat keputusan , lain kali makan KFC je la.. Huhuh.. 

Meriah KFC !

Orang kata.. Haa , orang kata ! Di sini patut cuba makan masakan ikan bakar ! Tapi kena pandai cari la. Kalau tak , mau tepuk dahi gak harganya. Huhuh.. 

Ok... Esok harinya.. makan pagi di hotel. Tak begitu banyak pilihan. Dan simpan sedikit kelaparan untuk makan tengahari ! Destinasi pilihan , Suri Corner atau Suri Masakan Melayu Asli !  First Impression aku ? Huhuhu.. 

Wow ! 

Best ! 

Tak sabar nak makan weh ! 









Aku kasi 5 bintang ! Nasib aku sampai lewat . Aku rasa kalau sampai dalam jam 11 atau 12 tengahari, pilihan makanan lagi banyak dan lebih panas ! Huhuh.. Dan harganya , bagi aku murah dah. Takda la harga sembelih orang luar dan ini memberikan satu pandangan positif pada pelancong domestik. Disyorkan !

Selesai makan tengahari... makan malam lak ! Anak anak siap mengeluh.. Makan lagi ??? Tapi dah dirasuah dengan mandi kolam petang tu , diorang tak membebel lebih la.. Huhuh.. Ikut je la. Ditambah dengan masing masing pun kelaparan.. dan mengantuk.  Ikut jer la.

Lokasi : Restoran Nyiru Klasik Ikan Bakar

First Impression : Kakitangan restoran yang peramah dan mesra. Restoran yang bersih , menarik dan mesra pelanggan terutama orang luar. Kemas. Aku suka !









Sesungguhnya .... sesungguhnya ! Masakan mereka sangatlah sedap ! Aku tak terasa seperti ada perisa makanan pon .Memang asli sungguh la ! Masakan melayu gitu.  Biasanya kalau makan begini di KL , lepas tu aku akan mencari air suam. Terasa dahaga dan kemudian sakit kepala. Garam banyak tapi di sini , wow ! Patutlah orang kata , sekali makan kat sini , akan kembali ! Huhuh.. 

Harga ? Di restoran ni murah dan berbaloi ! Kenapa  ?? Sebab tanah dan kedai ni tiada hutang. Nahhh.. kos sewaan tiada ! Sebab tu boleh murah tapi sedap ! Huhuhu.. Bayangkan aku makan ni pun baru RM108 jer. Tak dapat kau kat KL ! 

Dan aku mencuba mentarang bakar dan ikan gerut dibuat dua jenis masakan. Jatuh cinta lak aku ngan ikan Gerut ni. Tak pernah makan . Hahahaha..

Selesai makan. Borak dengan staff restoran. Macam macam info dapat. Alhamdulillah. Dan pastinya, aku akan kembali lagi ke Perlis selepas ni. Cuti panjang, kena buat percutian ke Utara.. Perak , Perlis dan Kedah ! 

Perlis begitu damai. Tiba tiba rasa cam nak pindah Perlis ! Hahaha..

Ejen Ali vs Boboiboy! Aku pilih..

$
0
0

Dek ramai kasi 10 bintang, maka aku bawa famili aku layan Ejen Ali The Movie di Alamanda. Teruja memasing terutama Qhaliff.  Zahra nak layan Frozen 2 tapi diutamakan filem tempatan sebagai tanda sokongan !

Show jam 3.10 petang. Panggung penuh. Dan bermulalah cerita Ejen Ali. Permulaan yang menarik. Animasi yang bagi aku sama level cam animasi Tobot. Jalan cerita yang best dan tak perlu dipusing pusing utk kasi jadi lebih panjang ceritanya. Yer, ada cerita.

Cuma bagi aku la.. Ejen Ali ni sesuai utk kanak kanak berusia 7 tahun ke atas. Level Zahra dan Aariz, tak lagi. Diorang akan boring dalam panggung.

Dan bagi aku . Skrip Boboiboy lebih santai dan penuh karektor. Lucu dan sinis  Berbanding Ejen Ali, skripnya lebih kedewasaan..

Apa pun.. Tahniah buat mereka kerana berjaya hasilkan filem animasi  bertaraf dunia. Cuma kalau nak bandingkan lagi dengan Hollywood, belum lagi la.. Bukan apa, aku tgk ada yang kata dah setaraf. Maaf la.. Aku layan animasi lama dah  Bukan nak buat perbandingan pon cuma yer benar.. Kita dah buktikan kita boleh bikin cerita cerita animasi yg bagus serta mempunyai identitu kita sendiri.

Elemen lucu dan dialog yang santai akan buatkan anak anak kita ucapkan berkali kali selepas abis tayangan. 

Berapa biji telur boleh di makan sehari ?

$
0
0

Aku dalam dunia gym ni dah lebih 20 tahun. Tapi sejujurnya , aku punya ilmu amatlah cetek terutama dalam bentuk latihan. Masih banyak kesalahan. Sebab tu aku tak berani nak ajar orang langsung. Kena gi kelas yang betul baru berani. Tapi time tu, bukan free dah la. Kena la charge kan ? Hahaha.. InshaAllah.. free je ! Saham akhirat kan ?  Melainkan jika dah jadi punca rezeki aku, terpaksa la charge kan ? Huhuh.. Charge untuk masa.. bukan ilmu. 

Ok... banyak persoalan timbul dalam bidang ni ! Antaranya , supplement atau juga makanan tambahan.  Boleh ke amik ? Jenis mana ? Halal ke ? Fuh... Ni lagi best.. Baru masuk gym dah tanya...

" Bang.. saya nak amik steroid , ok tak ? " 

Adoi.... Best part.. ada yang keluarkan fatwa sendiri pasal steroid ni. Ok , aku tak nak cerita pasal ni sebab bukan kepakaran aku. Cuma yang menarik minat aku sejak dulu lagi ialah natural food yang sering dipandang enteng oleh sesetengah peminat bina badan ni ! Mereka ingat kena bedal banyak supplement baru jadi tapi meninggalkan makanan yang sepatutnya mereka utamakan ! 

Telur... ayam.. ikan... sayur.. buah.. dan banyak lagi makanan makanan natural tidak diambil dengan seimbang ! Sebab tu ada yang kulit tak cantik.. timbul masalah penyakit lain.. Haa ! Sebab tak seimbang ! Selain rehat yang tidak mencukupi. Tu belum masuk bab rokok sebelum dan selepas workout ! Huhuh.. No komentar ! 

Bab telur.. Ni penting ni ! Dulu aku sebelum workout , aku bedal 10 bijik telur setengah masak ! Selepas main, 10 lagi.. Ada yang sekali harung , 20 bijik. Abis kena bebel ngan mak aku. Tu masa aku usia 20 an la.. Sekarang dah 40 an.. 

Benarkah telur mengandungi kolestrol yang tinggi ? Jangan makan kuning telur ? Hurmm... Camana tu ? Jawapannya ? Korang kena baca sendiri di HELLO DOKTOR ! Aku nak terangkan , takut salah info lak. Baca dan jika ada persoalan , leh kemukan di sana terus ! 



Viewing all 8148 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>