Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142

Filem ‘ Adik Manja The Returns’ bakal senasib Zaiton The Movie ‘ ?

$
0
0

 

Terbaca di Mstar Online hari ni .. Dua isu yang dibaca .. Satu pasal filem yang tak laris dan satu lagi bakal dimainkan di panggung tidak lama lagi ..

Aku pernah dapat undangan untuk pratonton filem Zaiton ni tapi sayangnya tak dapat pergi sebab ada hal peribadi . Tapi menurut kawan yang pernah menontonnya, filem Zaiton ni mmg menarik .Tapi entah apa yang tak kena , filem ni tak dapat sambutan langsung ..

Filem 'Zaiton Ceritaku' hanya mampu mendapat kutipan di pawagam sebanyak RM59 ribu sahaja.

Dan bakal ditayangkan nanti , filem yang pernah hangat pada tahun 1979 ( aku baru usia 3 tahun ! ) , ‘ Adik Manja’ akan kembali bersama sentuhan terkini tapi masih mengekalkan eleman utama iaitu tentang kenakalan dan masalah disiplin pelajar-pelajar perempuan di sebuah institusi pengajian swasta.

Dharma bersama barisan pelakon 'Adik Manja The Returns' ..  Rozita Che Wan, Faezah Elai, Juliana Evans, Jehan (Raja Lawak) dan Fida Ibrahim.

Hurm… Kalau promosi tak kuat , atau tidak ada sokongan dari media elektronik .. aku rasa filem ni  akan mengalami nasib seperti Zaiton CeritaKu ..  Aku pun tak tau kewujudan filem ni hinggalah baca di Mstar tadi ..

Kalau lihat dari filem luar , promo mereka awal awal lagi dah cukup mantap hingga membuatkan penonton dah tak sabar nak ke panggung ..

Faham faham je la di Malaysia ni .. Promo kena power , pelakon lak perlu ada yang ‘beraura’ agar mampu menarik penonton ke panggung.. Best ke tak filem tu , belakang kira. Tonton dulu baru tau .. hehe ..  Dan kalau takat pacak perempuan tayang badan , mmg tak laris dah laaa zaman ni ..

Kalu tanya aku , nak g tengok tak filem ni ? Aku cuma mampu jawab .. “ Errr .. “

Tiap kali ke panggung untuk tengok filem melayu , aku hampa ..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>