Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142

PUTRAJAYA : Destinasi orang kaya kaya sahaja ?

$
0
0

 

Nak beli rumah kat Putrajaya ? Jangan mimpi laa ! Boleh mimpi kalau dapat tawaran PR1MA jer la.. Melainkan anda berpendapatan 5 angka sebulan !! Selain dari tu , mampu tengok je la rumah cun cun di situ..

Ok.. Aku baru balik makan di Ayer@8 Putrajaya.Destinasi kali ni di Slero D Timur. Biasa makan kat Tom Yum Kung jer..Saja nak ubah selera.. Dan nak support bisnis orang kita.. hehehe.. Kononnya la..

Ayer@8 ni memang cun lokasi dia tapi sayangnya tak ramai tahu lagi dan yang biasa datang sini pon , majoriti penjawat awam jer.. Pelancong ? Maaf.. aku tak nampak mereka berkulit putih berambut perang di sini mahupun pak pak arab ..

Di Slero D Timur.. order la makan… Aku nak makan Keow Teow Tom Yum , nasi goreng ayam untuk Qhaliff dan wife teringin makan pulut mangga ..

imageimage

Ok.. Tom Yum , sedap.. Nasi goreng , sedap.. Ayam ? Hurmm.. Sedap tapi ayam yang dah dipotong potong dan goreng.. Ok gak rasanya ..cuma kuantitinya skit jer .. tak sepadan dengan harga.

Air milo ais bergelas besar.Bukan la tahap besar giler pon.. Besar skit dari restoran mamak.  Pulut mangga ? Ok je la rasanya. Sedap gak laa.. hee.

Harga ?

image

Aku tak salahkan peniaga kalau diorang charge mahal.. Sewa kedai di Putrajaya memang mengarut harganya ! Banyak peniaga melayu dah bungkus gara gara tak mampu nak bersaing dengan peniaga lain ! Aku rasa kalau aku meniaga kat sini pon , tak lama gak la.. Tak sampai hati nak charge mahal mahal ! Tu belum korang gi tanya harga kat Presint Diplomatik dan Alamanda tu ! Haaaa ..

Kalau tau mahal , jangan la makan kat situ , kan ? Ok laa.. kalau gitu , apa kata pasni kita jangan makan kat tempat mahal mahal gini. Kita gi je cari tempat murah.. Maka apa jadi tempat mahal gini ? Bakal dipenuhi restoran nasi arab ? Restoran mamak ?

Teringat perbualan dengan salah seorang usahawan yang meniaga di situ.. Katanya sewa mahal tapi pengunjung kurang membuatkan dia kembali memikir panjang untuk melanjutkan sewaan di situ. Baik meniaga makan di luar negara , katanya !

Hurm… apakah orang kita hanya layak meniaga di kawasan kawasan ‘biasa’ saja ? Atau gi food court ? Atau gerai tepi jalan ? Dan apakah PUTRAJAYA dibina semata mata untuk orang kaya kaya jer duduk situ ? Lebih baik tukar nama PUTRAKAYA jer ..

Apakah harga keselesaan sebuah restoran perlu dibayar mahal ? Maka semua restorang akan dibuat lebih selesa dan harganya akan jadi mahal ! Dan kita , mampu makan luar sebulan sekali .. atau nak tak nak , terpaksa join skim cepat kaya untuk join orang kaya kaya ni ..

Serius .. makin lama makin tak paham PUTRAJAYA ni ..Dah la takde internet free ! Dulu masa nak bangunkan Putrajaya , janji kata bandar canggih dan internet free ! Bila dah siap..keselamatan penduduk pon tak terjamin.. Oh lupa .. rumah orang ‘biasa-biasa’ jer..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>