Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142

Banjir dan denggi !

$
0
0

 

Dua berita dalam sehari.. Aku hanya mampu tertunduk sayu dan berdoa agar segala urusan dipermudahkan Allah.

Berita pertama mengenai banjir yang melanda negeri negeri di dalam negara kita yang tercinta ini. Pelbagai berita dan gambar disebarkan di media sosial. Sayu… Dikatakan fenomena air pasang ini berpunca dari ‘new moon’ yang dijangka berlaku malam ini dan malam esok dengan ketinggian air hingga 3.19 meter di Terengganu. Di negeri lain , aku tak pasti. Takde info mengenainya.

Di Lata Rek.. tempat ni aku beberapa kali teringin nak singgah .. Dan inilah terjadi pada hari ini .. Sebelum banjir dan ketika banjir !

Kelantan , Terengganu , Pahang , Perlis dan Perak sedang mengalami banjir ini. Sama sama kita berdoa kepada Allah..

Dan berita kedua ialah sepupu Qhaliff , Ammar dimasukkan ke wad kerana denggi. Menurut ibunya tadi , Ammar muntah darah. Hidungnya pon berdarah. Semoga Allah sembuhkan penyakitnya. Esok nak gi lawat dia kat Hospital Sg. Buloh.

Hurmm.. Qhaliff suka main dengan Ammar.. Ammar pandai layan dia walhal beza 2 tahun.. Kalau dah jumpa , tak sanggup nak berpisah dah Qhaliff tu ! Hahahaha ..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>