Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142

Terasa nak hantuk kepala ke dinding !

$
0
0

 

Ada beberapa situasi yang berlaku setiap hari pada diri kita yang membuatkan rasa macam nak menjerit sekuat hati atau nak je gi tumbuk orang tuuuu ! Haaa.. ada kan ? Kannnn ? Aku memahami.. hahaha ..

Antaranya ? Ok.. ni yang berlaku pada aku semalam ..

1. Gi makan .. amik lauk sedap sedap dan ada la sambal yang leh tahan gak kepedasannya..

Menyelerakan , bukan ? Ahaaaa .. Nasi dan lauk , sila pilih sendiri.. Takde masalah.. Air , ada orang datang amik order. Makan punya makan punya makan.. tau tau abis dah nasi tapi air tak sampai lagi ! Hahaha.. Dah la pedas.. tapi air tarak ! Niat di hati nak tambah lagi , terus dibatalkan ! Geram ? Sabar je la kan ?

2. Dalam perjalanan ke suatu tempat. Di persimpangan lampu isyarat… Dan , lampu merah bertukar ke hijau. Kereta bergerak perlahan.. Ada sebuah kereta tu bergerak perlahan dan menjarakkan keretanya dengan kereta depan agak jauh… Dari akhirnya , lampu hijau bertukar ke kuning .. dia memecut laju ! Waahh , dia lepas .. yang belakang ni ??? Haih , macam ni punya pemandu pun ada ? Apa niat dia ? Saja atau terleka ?? Kalau saja , serius ..dia antara pemandu kereta di Malaysia yg perlukan kasih sayang !

3. Dalam kereta gak.. Dah la perut memulas giler ! Memang tahap hujung hujung punya.. Destinasi , rumah tercinta ! Dah dekat tapi ada sebuah kereta di depan nun , pandu kereta seolah makan angin kat Paris ! Memerhatikan kehijauan bumi Tuhan dengan senyuman ! Kereta berderet di belakang ! Sebuah demi sebuah potong dia .. Dia cool jer ! Boleh ?????? Kalau kereta dia bermasalah , bagi la double signal atau keluarkan tangan suruh kereta potong dia .. Tapi ni wat dek jer ! Arghhhhhhhhhh !! Orang macam ni mmg mintak dijulapkan je sebotol pastu ikat dia dalam kereta ..pandu  ke Kelantan tanpa henti di mana mana RnR  dgn kelajuan 60km/j !!! Baru tau cam rasanya !

Kawan , kot yer berhati hati memandu tu ..tengok tengok la orang belakang skit .. Kalau takut memandu , suruh je orang lain pandu ! Nak berhemah , biar ikut peraturan.. Bukan ikut tekak jer .. Arghhhhh !!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>