Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8143

Ruginya aku ..

$
0
0

 

Awal aku keluar rumah ari ni.. Lama dah tak keluar seawal gini.. Hurm.. Destinasi , Stesen ERL Putrajaya. Nak gi amik adik ipar aku yang baru sampai dari Kelantan.

Dalam perjalanan , aku bukak tingkap kereta. Nak hirup udara segar.. Tak sampai 5 minit , aku tutup balik.. Hurm… Udara tercemar ! Haihhh…

Kemudian aku terkhayalkan Qhaliff.. Gelagat dia meniru Ultraman membuatkan aku tertawa sendirian. Hurm.. Sesalan datang selepas itu .. Haihh .

Kenapa ? Aku lebih banyak abiskan masa dengan mengadap laptop dan handphone berbanding dia sekarang ni ! Ni semua gara gara nak dapatkan duit lebih… Hurm.. aku tak boleh salahkan keadaan ! Aku yang sepatutnya mengawal keadaan dan bukan biarkan keadaan mengawal aku ..

Aku berdoa agar dapat pulang dengan selamat nanti.. Dan bernekad ,  keluarga aku adalah keutamaan aku ! Handphone ? Aku akan jarang jarang tengok ..

Persoalannya , mampukah ??? Yer , aku kena mampu agar tidak sesal belakang hari ! Andai mereka tiada lagi disisi , apakah handphone akan membahagiakan aku ? Hurm…

Mesti wife aku suka bila aku berfikiran gini.. Mesti dia ingat aku nak kensel beli Sony Z3 ! Hehehehe.. Yelah , mmg kensel ! Simpan duit wat nikah lagi bagus.. kan ?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8143


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>