Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8143

Anak terbiar bila ibu bapa sibuk cari rezeki !

$
0
0

 

“ Abah , tu anak sapa  ? “.

Kelihatan seorang budak kecil dalam usia 8 tahun berkeliaran di belakang rumah orang tua aku. Entah apa dia cari pun , aku tak pasti.. Yang aku pasti , dia masih berseluar sekolah dan berkasut putih.

Hurmm..

“ Anak si polan tu .. Masing masing sibuk kerja.. Anak tinggal kat nenek jer. Nenek dia lak dah tak beberapa sihat .. “.

Anak kawan aku. Kesian jugak aku. Kawan aku tu cuma seorang pemandu lori. Manakala isterinya , kerani jer.. Memasing keluar awal pagi , petang baru balik.  Anak lak , dah mula sukar dikawal.

Terfikir jugak aku.. Kalau aku dan wife aku bekerja keras siang malam untuk cari rezeki tapi anak pulak macam tak beribu bapa .. Bila mereka jadi degil dan keras kepala , salah sapa ?

Memang benar ibu bapa cari duit untuk keluarga tersayang. Tapi kalau dok kasi kat orang untuk diasuh jer , masalah jugak .. Bila mak ayah balik , memasing dah penat.. Kat rumah , sambung tengok gadget , tengok tv.. Anak disuruh buat kerja rumah.. Macam tu je ..

Kalau anak lulus peperiksaan dengan cemerlang pon , terfikir jugak aku.. Apakah kerana usaha kita atau kita sekadar cari duit dan serahkan pada yg profesional untuk mendidik kita .. Hurmmm ..

Jadi , apa tujuan sebenar berkeluarga ? Entahlaah.. Kekadang terfikir , kita dah lari dari matlamat kehidupan .. Dah jadi hamba pada dunia ni ? Hurm..

Bila sampai giliran anak pulak kawin , apakah mereka akan ulangi apa yg kita buat pada mereka , dan lakukan pada anak anak mereka ..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8143


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>