Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142

Bagusnya pakcik ni ..

$
0
0

 

“ Nanti budak budak ni dah besar , diorang boleh la main kat sini.. Sambil sambil makan buah .. Haaa.. Kita pon entah sempat ke tidak .. Diorang ni je la yg akan memeriahkan taman kita ni .. “. Katanya sambil memandang Qhaliff yang dok sibuk mengutip batu ..

Pakcik ni jiran baru pindah di taman perumahan aku. Pengalaman hidupnya , hurmmmm … Terutama bila bercerita pasal politik. Memang leh ternganga la dengar. Memang otai laa..

Dia bekas kontraktor.. Katanya dia beli rumah kat taman ni utk habiskan sisa sisa hidup dia. Tenang katanya kawasan ni berbanding rumah lamanya yang dah disewakan ..

Depan rumahnya yang penuh dengan semak samun tu , habis dia tebas dan  diterangkannya..  Dah mula tanam pokok buah-buahan.. Macam macam ada …

Semuanya atas niat utk masa depan orang ramai.. Nak amik amik je laaa .. Huhhu.. Bagus dan ringan tulang laa pakcik niii .. Respek !!

 

Tangga tanah yang dia bina sendiri .. Kukuh siut…  Huhuhu.. Kalau aku yang buat , confirm .. er …

Sebelum tu , aku nampak kereta dia berhampiran dengan rumah aku. Terpikir gak apa kereta dia buat kat situ.. Pastu tadi , segalanya terjawab..

“ Laluan kat situ tu , untuk budak budak tu gi ke kolej kan ? “. Tanya dia .

“ Aah.. “. Jawab aku ..

“ Abang buat tangga utk diorang. Bukan apa… tengok situ payah nak jalan .. buatkan la utk dorang.. senang skit nak lalu situ.. “.

Bayangkan setiap hari budak budak kolej ni lalu lalang kat situ utk gi menuntut ilmu… Berapa banyak pahala dia dapat ? SubhanAllah .. Bukan semua manusia gilakan wang ringgit ..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>