Bila sebut melaram ni , biasanya siapa ? Cikgu lelaki atau perempuan ? Hehehe… Kalau cikgu lelaki , dia melaram dengan gadgetnya atau kenderaannya .. Nak jumpa yang melaram dengan pakaian , susah gak .. Tinggi kos woo.. Yang simple , ramai la…
Tersebarnya sekeping gambar cikgu perempuan yang ayu berposing manja.. Er, manja ke ? Biasa je kot ? Ke manja ? Ke tak ? Manja ? Hahahaha.. Belasah laa.. Lelaki tengok , cam manja.. Perempuan tengok ? Ok.. sila isi tempat kosong ..
Sambung.. Tersebarnya gambar tu membuatkan aku up entri ni. Bukan apa.. Teringat zaman aku sekolah rendah dulu. Ada la sorang cikgu perempuan Matematik cun baru pindah masuk sekolah aku tu. Pergh… Aku darjah 6 masa tu. Bayangkan , setiap kali dia lalu , pintu tepi tu penuh dengan budak laki dok tgk dan amik bau diaaa.. Haa.. Yelah , cikgu pakai baju kurung ikut body gitu haa.. Sekolah aku lak , semua jantan. Macam monyet nampak pisang la jawabnya.. Hahaha..
Persoalan aku mudah jer.. Memandangkan sesi persekolahan dah mula , dan ramai parents dok ulang alik ke sekolah atas urusan pendaftaran dan sebagainya .. Apakah wajar guru wanita bersolekan atau berhiasan berlebihan ? Eh , ada ke ??? Adaaa
aaa .. Adaaa koooo !!
Beberapa jawapan dari rakan rakan di FB yang aku lakukan survey di awal pagi ..
- cukup sekadar kemas n xmengganggu tumpuan murid2
- ibarat melaram ke pasar pagi.. lari dari tujuan asal.
- Cantik n kemas perlu tu motivasi utk pelajar jgk tp jgn berlebihan
- sekolah saya ade la bberapa org camtu..kalo tgok mmg cm xde rupa cikgu..
- murid nak cikgu yg comel dan cantik.tp klu mekap tebal mcm nak p opera cina..oh my!! no no no..!
- Cukup sekadar bersederhana. Tmbh cikgu ialah role model... Berhias tidak salah. Tp bersederhana. Patuhilah etika pakaian dan hemah serta etika sbg seorang guru..
Kalau sekolah menengah , mmg bisa memang undang malapetaka.. Tapi sekolah rendah ? Takut cikgu lelaki lak tergugat eh ? Apa pendapat korang ?