Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8143

Apa kaitan denggi dengan ketam ?

$
0
0

 

Yummy .. sedap wooo maggie ketam adik ipar aku masak ni .. Huhuh.. Ikutkan , apa saja maggie sedap bagi aku .. Hantu maggie la katakan .. Bukan hantu madu yer .. huhu ..

Haaa .. Orang kata kalau kena denggi , makan sup ketam ni penawar untuk denggi .. Benarkah ? Ahaaa .. Ok ,aku google dan jumpa satu testimoni dari blog ni .. Aku copy sat eh .. Jangan tuduh aku blogger copy paste lak yer ..

SAYA ingin berkongsi pengalaman berhubung usaha melawan demam denggi dengan hanya makan sup ketam. Ketika dijangkiti penyakit itu pada Mei tahun lalu, saya mendapati ketam, mengandungi protein yang tinggi, dapat membantu pembinaan semula platelet darah.

Pengambilan sup ketam dipercayai menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan begitu cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang minum dan makan satu mangkuk besar sup ketam (500 ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa singkat, iaitu cuma antara lima hingga lapan jam.

Pesakit akan pulih hampir sepenuhnya dalam tempoh berkenaan. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawahnya.

Malah, proses pemulihannya amat pantas kerana pesakit tidak perlu makan multivitamin ataupun pil magnesium untuk memulihkan tenaga dan staminanya. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptom awal denggi boleh mengambil sup ketam sebaik saja menyedari tanda diserang denggi.

Sehingga kini pemerhatian saya mendapati tidak kurang daripada 20 kenalan yang diserang denggi sembuh dalam masa lima hingga lapan jam selepas makan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengagumkan dan saya pulih sepenuhnya dalam masa tujuh atau lapan jam ketika diserang demam denggi. “

Haaa …. menarik bukan ? Tapi part selepas tu buatkan aku tersenyum lebar ..

Saya harap satu kajian saintifik perlu disegerakan bagi merealisasikan penemuan ini dan orang ramai tidak lagi fobia dengan wabak demam denggi apabila penawarnya ditemui.

Jika anda hadapi deman denggi atau keluarga anda kami sedia membantu mendapatkan ketam.Sila Tel . Ketam Segar Pintas Tanjung Bungah Faruk Abdul Rahman 012 552 1820 / 012 560 4036 .”

Hehehe .. pikir positif la yer .. Sumber dari SINI .. Yelah , mana tau ada yang mencari kan ? Ok la tuu..

Lupa lak … Maggie ketam yang dalam gambar diatas tu , bukanlah aku yang masa tapi adik ipar aku .. Anaknya, Ammar yang pernah top di blog aku satu tika dulu , disyaki dijangkiti demam denggi , minggu lepas.. Alhamdulillah , dah pulih ponn ..

Apa pun , segalanya terpulang pada kepercayaan korang .. Dapatkan nasihat pakar , seperti .. aku ? Heheh.. Doktor pakar laa.. huhu ..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8143


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>