Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142

Tak guna punya kawan !

$
0
0

 

Serius , kalau nak buat apa apa yang makan belanja yang besar dan untuk jangka panjang , cari yang pakar ! Kalau tak .. jadi cam aku ni !

Apa kes ? Aku renovate rumah sebelum masuk ke rumah baru ni . Kontraktor ? Kawan kawan gak ni. Maklumlah , nak support dan percaya punya pasal. Apatah lagi janji manisnya , mmg menikam kalbu.

Macam macam la ceritanya bila projek dah berjalan.. Ingat lagi aku pernah tanya dia yg mana kalau dah abis tempoh defact , camana ? Jawabnya , tak peee.. Panggil je… Diorang mesti datang punya !

Setelah beberapa bulan aku duduk… Ada la beberapa masalah seperti retak dan sbgnya. Suruh datang memula tu .. Datang la.. Amik gambar pastu kata nanti datang repair .. Yang pertama tu , ok la.. Tapi bila ada retak lagi , takde daaahhh !! Bila call tanya , nanti diorang datang ..

Yang terbaru .. kes air ! Air mengalir keluar tapi tak tau mana punca . Aku call la diorang utk mintak check . Bila call , katanya nanti suruh kawannya tu datang. Atau mintak aku call kawannya . Bila aku call , 2 kali ring ,pastu voicemail ! Dari hari Khamis hingga hari ni… Bila call kawan yang dapat projek ni , katanya tempoh defact dah abis ! Haahahahha .. boleh ??? Aku cakap yang crack tu pon tak settle , pastu leh cakap dah abis ? Best part , nanti datang..

Dan hingga sekarang , nak call balik aku atau wife pon takde ! Apa cerita ?  Haihh .. Aku bukan nak suruh buat kerja free ! At least datang tengok , periksa. Kalau kata bukan salah diorang , ok la.. Ni aku dah panggil plumber semalam .. Diorang pon tak tau apa punca ..

Hurmm .. Belum dapat projek , janji manis. Dah dapat , bayar pon langsai.. terus gini ! Macam ni ke kawan ? Cer bagitau ..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142