Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142

Biar blog buruk !

$
0
0

 

Abg Ben , saya terus terang .. Blog abg Ben tak cantik .. Heee ..

Aku senyum .. Betul ni ! Aku senyum .. Kenapa ? Sebab mmg aku saja biar dia buruk gini ! Malas nak mekap. Kalu nak tukar pon , aku tukar tang header je. Lain ,biar jer ..

Kenapa gitu ? Heee.. Semalam , sewaktu aku di press conf ‘ THE INFLUENCER’ , aku ditegur oleh dua orang wanita berbangsa cina. Diaorang memperkenalkan diri pada aku. Dan mereka dari Singapura. Agensi pengiklanan. Menurutnya lagi , mereka sering usulkan blog aku pada client mereka yang bukan kecik kecik anak punya yer ! Aku tak leh nak sebut la.. Hee..

Aku terkejut gak la.. Katanya , client mereka suka cara aku menulis.  ‘Ikhlas’ , kata mereka .. Sebab tu bila ada job dari client mereka tu , blog aku pasti tersenarai dapat dan bayarnnya bukan ciput yer .. Heee .. Alhamdulillah .. Aku tak terkata apa apa . Terkejut gak bila pujian ni datangnya dari mereka yang bukan sebangsa dengan aku . Maklumlah , aku kan menulis dalam Bahasa Melayu ..

Kenyataan gini bukanlah kali pertama . Dah beberapa kali . Ini menguatkan lagi prinsip aku bahawa sebenarnya bila kita berblog , yg penting adalah kandungannya ! Isi kandungan perlu ada ‘perasaan’ ! Blog berbeza dengan berita ! Cara penyampaian perlulah lebih bijak dan ‘hidup’ .. Itu pendapat aku la ..

Layout blog yang cantik adalah sampingan utk menarik masuk pembaca ! Aku tak nak tarik pembaca kerana blog aku yang cantik seolah aku ini berlakon dalam filem kerana aku pandai mekap tebal tebal , berbaju sendat , tonjol sana sini tapi lakonan .. kayu ! Faham tak ni ? Heee..

Dan tujuan aku buat blog simple gini juga adalah utk memberitahu pada blogger blogger yang baru .. tak semestinya blog yang cantik itulah yang ‘laku ‘ !  Sapa sapa boleh laku asalkan dia tahu bagaimana nak jadi blogger yang berdisiplin , bijak dan unik !


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>