Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142

Biar buruk tapi .. dari cantik tiada isi !

$
0
0

 

Lama tak terima komen begini .. Ke ini satu kritikan atau satu ugutan mahupun satu kejian ? Gulp ..

Bukan tak pernah ada offer untuk buat satu blog khas untuk aku .. Kasi cun lagi .. Tapi aku tak berminat walaupun nak sangat ubah .. Kenapa aku tak nak terima dan biar saja begini ?

Jawapan aku ialah satu .. Mereka masuk blog aku adalah kerana apa yang aku tulis ! Walaupun blog yang cantik satu kelebihan tapi aku tolak kelebihan begitu. Maklumlah , manusia cepat kagum pada kecantikan dan tertutup abis apa yang nak disampaikan pada disebalik kecantikan itu. Cam perempuan cantik tak tutup dengan perempuan cantik yang menutup ketika mengajar di dalam kelas orang dewasa .. Heee ..

Satu lagi , bila ada blogger baru naik dan baru nak buat blog , bila lihat blog aku gini , pasti mereka berkata ..

“ Blog gini aku pun boleh buat ! Bukan susah ponnn !! “ . Dan dia pun buat .. Secara tidak langsung , lahir lagi blogger yang inshaAllah berkualiti penulisannya setelah terdorong untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari blog aku ni ..

Aku tak perlu perkatakan  mengenai tuan punya blog yang bagi komen diatas utk mengeji mahupun mengutuknya . Aku ada masuk ke blognya dan tersenyum. Masing masing punya cara tapi jangan kita pertikaikan orang lain hanya kerana kita berBMW dan orang tu berPROTON SAGA je .. Mana tau orang yang berPROTON SAGA tu habiskan masa lapangny dengan membawa anak yatim ke sekolah berbanding yang berBMW yang mana habiskan masa lapangnya di padang golf .. Biar Allah saja nilai niat kita.

Akhir kata dari aku yang ‘kosong’ ini , cermin cermin diri kita dan pandang juga kiri kanan ..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>