-iklan-
Entry sebelum ni aku share tentang Produk Shaklee dan SetShaklee secara kasar. Kali ni aku nak share tentang Harga Produk Shaklee yang telah syarikat Shaklee tetapkan untuk dijual di pasaran.
Harga Shaklee terbahagi kepada dua iaitu Harga Shaklee untuk pasaran runcit
Dan Harga Shaklee untuk Ahli Shaklee berDaftar atau PengedarShaklee Sah Malaysia.
Kenapa perlu ada dua Harga Shaklee? Kalau seragamkan jadi satu je tak boleh?
Sama konsep macam keahlian JCard, Tesco, Body Shop, Guess, Coach, dan pelbagai jenama lain.
Harga Shaklee dan privilege keahlian diwujudkan oleh Shaklee untuk menggalakkan pengguna menDaftar sebagai Ahli Shaklee atau Pengedar Shaklee.
Agar Ahli Shaklee berDaftar boleh mendapat manfaat dari Harga Ahli Shaklee setiap kali Ahli Shaklee membeli Produk Shaklee.
Malah Ahli Shaklee berDaftar juga berpeluang mendapat rebate tunai berbentuk bonus tunai sekiranya mencapai jumlah point tertentu dari pembelian Produk Shaklee.
Jadi jika korang nak pakai Produk Shaklee ni sebaiknya Daftar Ahli Shaklee terus, baru korang untung dapat point setiap kali membeli Produk Shaklee.
Kalau tak Pengedar Shaklee yang jual kat korang tu la yang untung dapat point dan dapat bonus cash $$$
Kenapa ada Pengedar Shaklee yang jual ikut Harga Shaklee untuk ahli dan ada pulak yang jual ikut Harga Shaklee untuk retail?
Semua ni berkenaan sikap. Sikap orang kita bila berniaga dan bersaing, suka guna factor HARGA sebagai senjata. Sebab tu orang kita selalu gagal dalam bisnes. Satunya sebab permainan harga atau perang harga ini.
Dalam perniagaan, pihak yang menjual dengan harga kos atau harga ahli dipanggil sebagai market spoiler atau perosak pasaran. Dan biasanya mereka yang jual harga ahli ni hanya nak kejar sales tapi tak pentingkan kualiti.
Sebab tu ramai orang komplen makan Shaklee tapi takde kesan, sebab penjual tak tahu macam mana nak advice….penjual sekadar jual untuk dapat point.
So korang boleh pilihlah, nak beli Shaklee dari PengedarShaklee yang berkualiti dan bijak
Atau nak beli Shaklee dari sapa-sapa saja asalkan murah.
Dan jangan pulak korang fikir yang jual harga ahli tu suci murni dan yang jual harga retail tu tamak dan jahat.
Di Zaman nabi dulu pernah sahabat nabi Muhamamd saw tak silap aku saidina Umar, halau seorang peniaga di pasar sebab dia jual harga sangat murah dan mengganggu pasaran (perosak market / market spoiler)
Malah nabi Muhammad saw sendiri ada amik untung dalam berniaga. Kalaulah mengambil untung tu salah dan haram, tentulah nabi Muhammad saw takkan ambil untung.
Sebenarnya dalam perniagaan siapa yang jual harga kos atau harga ahli ini dikira sebagai zalim juga.
Sebagai contoh :
Seorang ibu tunggal anak 4, semua anak-anaknya kecil dan dia tak boleh pergi kerja sebab anaknya ada yang sakit dan perlukan penjagaan rapi.
Lalu dia pun nak berniaga Shaklee.
Dia sangat berharap nak dapat duit tunai harian daripada untung runcit dari Harga Shaklee harga retail.
Tapi pergi ke mana-mana pun semua minta harga ahli, bila dia ajak masuk ahli pelanggan taknak sebab pelanggan kata di tempat lain tak payah jadi ahli pun dapat harga ahli.
Jadi ibu tunggal ni pun jual la dengan harga ahli.
Sampai hujung bulan dia ingat boleh dapat bonus cash, rupanya tak dapat sebab tak cukup point, sebab dia hanya berjaya jual 5 botol vitamin saja, itu pun dengan harga ahli……yang mana tak dapat pun untung runcit walau sepuluh sen.
Siapa yang mewujudkan keadaan ini?
Dia lah yang menzalimi orang-orang macam ibu tunggal tadi.
Dan jangan heranlah
Satu company yang terlibat dengan perang harga macam ni selalunya akan jatuh, bukan sebab company tu tak bagus, tapi orang yang menjalankan perniagaan tu yang tak bagus.
Satu lagi aku nak tanya kalau korang pegi Jusco masa JCard day, berani tak korang mintak kat cashier tu:
"Dik bagi akak harga ahli JCard la, kita kan sama-sama ISLAM….."
Agak-agak dapat tak harga ahli JCard tu?
Ooh kita sama-sama ISLAM ko untung takpe aku rugi ko tak kisah…..gitu la perangai orang kita J
Gila panjang melalut
Berikut senarai Harga Produk Shaklee untuk seluruh MALAYSIA
..
Buat makluman Harga Shaklee berikut adalah Harga Shaklee untuk pengguna yang tidak berdaftar sebagai Ahli Shaklee.
Kalau nak beli Shaklee dengan Harga Shaklee harga ahli, silalah contact Pengedar Shaklee anda untuk Daftar Ahli Shaklee ya.
NUTRITION
- Advanced Joint Health Tablet (60 biji) RM124.00
- Alfalfa Complex (S)(330 biji) RM53.75
- Alfalfa Complex (L)(700 biji) RM97.50
- B-Complex (120 biji) RM53.75
- CarotoMax (30 biji) RM74.00
- Chewable Vita-C Plus (90 biji) RM37.50
- Collagen Powder (15 sachet) RM298.00
- CoQHealth (30 biji) RM124.00
- DTX Complex (90 biji) RM155.00
- ESP Soy Protein Isolate Powder (850g) RM150.00
- Garlic Complex (60 biji) RM47.50
- GLA Complex (60 biji) RM91.25
- Herb-Lax (120 biji) RM52.50
- Lecithin (180 biji) RM52.50
- Meal Shakes – French Vanilla (544g) RM113.75
- Nutriferon (30Ã 1.2g) RM181.25
- Omega Guard (90 biji) RM136.00
- Ostematrix (120 biji) RM61.00
- Peppermint-Ginger Plus (90 biji) RM45.00
- Performance- Natural Orange (539g) RM82.50
- Sustained Release Vita-C Plus (180 biji) RM92.50
- Vita-E Complex (120 biji) RM149.00
- Vita-Lea Iron Formula (120 biji) RM88.75
- Vivix (150ml) RM475.00
- Zink Complex (120 biji) RM33.75
CINCH INCH LOST PLAN
- Cinch Energy Tea Mix (28 sticks) RM131.00
- Cinch Shake Mix – Vanilla,Chocolate,Latte (15 serving) RM173
Kalau korang nak tau lebih tentang macam mana nak Daftar Ahli Shaklee atau nak tau senarai Harga Produk Shaklee, boleh hubungi senarai Pengedar Shaklee di bawah ni :
Tempat korang takde dalam senarai Pengedar Shaklee di atas?
Aa lagi cepat-cepat contact mana-mana dari diorang kat atas untuk Daftar Ahli Shaklee
Makan vitamin, jaga kesihatan, dapat point yang boleh tukar kepada RM
Oklah ciao dulu jumpa dalam entry lain pasal Shaklee..