Huhuu … Baca entri pasal ni dah ? Lom ? Ok , gi cari dalam entri minggu ni .. Tak baca , rugi ! Baca pon , rugi ! Camana tu ? Heheee ..
Opss.. gambar ni bukan rumah aku yer .. Sebab tu aku suruh gi cari entri pasal gambar kat atas ni .. Rajin rajin la kalau nak tau cerita . Tak la nak main serkap jarang je .. kan kan ? hehehe ..
Selepas menyaksikan sendiri betaa mereka rajinnya membersihkan laman rumah mereka sewa itu dengan jayanya , aku nekad untuk membersihkan laman rumah aku gak .. Mana boleh diorang lebih bersihkan ? Aku perlu lebih bersih dari mereka ! Haaa.. Camana tu ?
Maka , hari ni aku beli segala peralatan untuk membersihkan longkang dan juga bekas kumpul sampah ni .. Antaranya asid , berus , sarung tangan getah , plastik sampah dan ais krim conetto ..
Bermula jam 9 lebih selepas makan pagi , aku mulakan tugas . Ikutkan nak gi gym tapi kang penat , malas dah nak bersihkan rumah ..
Selama 2 jam lebih aku bersihkan longkang kecil , alirkan air di longkang besar yang mana tersumbat , kilatkan tempat kumpul sampah tu … Ternyata sangat puashati ..
Sekaran .. baru la aku kembali mendahului mereka ! Hurm.. Rumah aku pakai aircond .. air aircond dialirkan ke dalam longkang.. mudah benar berlumut .. adeh .. Kena cuci lagi la gamaknya !
Harap semangat gini , akan berterusan.