Gambar hiasan jer .. Aku terbaca gak semalam pasal hujan meteor ni tapi terlupa nak tengok .. Lokasi aku sekarang ni mmg cantik sangat la nak tengok semalam tapi pada jam tu , yakni menurut pakar , jam 11 malam ke atas baru leh nampak .. tapi sayangnya , hujan turun la pulak ..
Ada yang kata apa yang best sangat tengok menda menda gini ? Ini dikatakan minat .. Minat manusia ni macam macam .. Kalau semua minat pada satu menda tu jer , tak meriah la dunia ni .. Macam pensil warna .. Kenapa tak satu warna je ? Kan sama je .. Bila dah berwarna warni , barulah nampak cantik ..
Begitu juga dengan minat.. Melihat langit ciptaan Allah ni mmg sangat mengasyikan .. Bayangkan baring tepi pantai bersama yang tercinta dan melihat langit di sebelah malam .. Cantik dan sangat indah terutama bila langit cerah .. Er , jangan gi bantai tengok sebelah tengahari .. buta mata tu haa ..
Apa itu hujan meteor ? Menurut wikipedia Hujan meteor adalah fenomena astronomi yang terjadi ketika sejumlah meteor terlihat bersinar pada langit malam. Meteor ini terjadi kerana adanya serpihan benda luar angkasa yang dinamakan meteoroid, yang memasuki atmosfera bumi dengan kelajuan yang tinggi. Ukuran meteor umumnya hanya sebesar sebutir pasir, dan hampir semuanya hancur sebelum mencapai permukaan Bumi. Serpihan yang mencapai permukaan Bumi disebut meteorit. Hujan meteor umumnya terjadi ketika Bumi melintasi dekat orbit sebuah komet dan melalui serpihannya.