Camana aku leh tertipu ? Hari tu sewaktu aku bawa Lyssa Faizureen pusing pusing Alamanda , singgah jap depan GSC dan terpandang trailer LAGENDA BUDAK SETAN 2 .. Aku bagitau dia yang aku terpikat dengan sinematografi filem tu dan berminat nak menontonnya tapi sayangnya aku tak berkesempatan berbuat demikian .
Dan ternampak di MSTAR ONLINE tadi , coretan dari penulis artikal di situ mengatakan filem LBS 2 tu tak menarik ? Waaahhh .. Apakah aku jenis mudah tertipu dengan trailer ? Huhuh..
'” Adaptasi bahagian kedua ini dilihat lebih rapi dan dekat dengan novel asal.
Pendekatan itu wajar dipuji tetapi kesannya momentum filem ini dirasakan sangat hambar dan perlahan.
Lebih memburukkan penilaian, konflik-konflik yang diselitkan sebagai sub-teks LBS2 juga dilihat kurang meyakinkan.
Konflik-konflik itu mungkin disulam dengan efektif dalam novel tetapi sayangnya ia kurang menjadi apabila diterjemahkan menerusi visual.
Akibatnya, segelintir penonton tidak boleh lari daripada dibelenggu kebosanan pada hampir keseluruhan filem.“
Baca lanjut di SINI ..
Hurm … hurmmm .. Sayang betul novel karya Ahadiat Akashah ni tak menjadi dalam filem .. Kalau dalam novel , confirm ada yang meleleh air mata .. huhu ..
Ni yang malas nak g tengok filem tempatan ni . Tapi tak adil la kan nilai gini kan kan ? Tapiiii .. sejak akhir akhir ni , mmg menghampakan , kan ? Apa nak buat .. hakikat ..