Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142

Rezeki Ramadhan ..

$
0
0

 

Ingat tak kisah aku baru baru ni ? Bertarikh 10 Jun 2013  , bertajuk Takde rezeki .. ni ? Hehehe …

Tadi aku gi kedai runcit berhampiran rumah aku dengan Qhaliff untuk beli telur ayam .. Sampai kat situ , aku terpinga-pinga jap. Camana aku nak amik telur ayam ni sedangkan aku dok dukung Qhaliff ?

Nasib baik la pekerja kedai yang berbangsa Bangladesh tu datang kat aku.

“ Boleh tak ambilkan telur ayam tu untuk saya ? “. Tanya aku.

Dia balas dengan senyum dan pantas lakukannya untuk aku. Alhamdulillah .. Senang keje aku ..

“ Berapa harga yer  ? “

“ RM3.70. “ . Jawabnya ringkas.

Aku hulurkan sejumlah duit. Dia pulang bakinya tetapi aku minta dia masukkan ke dalam tabung surau yang ada diatas meja cashier tu.. Bukan riak atau angkuh bila aku cerita ni tapi sekadar ingatkan diri. Pahala aku tak banyak mana .. Jadi , bila aku cerita ni , aku harap ada juga la rakan pembaca ringankan tangan banyakkan sedekah. Tapi biarlah tangan kiri tak tau .. kan ?

Tiba-tiba pekerja tu tanya aku ..

“ Abang pernah hilang duit kat sini tak ? “ .

Aku mengiyakan dan bagitau jumlah yang hilang. Dia kata dia masih ingat lagi aku beli barang dekat dia dan jumlah yang hilang tu hampir sama dengan yang dia jumpa.

Katanya lagi duit yang ada pada dia tu dijumpai oleh tukang sapu kedai tu .. Tukang sapu tu serahkan pada dia sbb dia rasa dia tau sapa punya tapi jumlahnya berkurangan.

Aku senyum jer.. Kemudian pekerja tu keluarkan dompet dia dan hulurkan sejumlah wang pada aku . Aku minta dia masukkan ke dalam tabung surau … Semoga Allah rahmati dia atas kejujurannya ..

Aku ucapkan terima kasih dan berlalu dari situ .. Qhaliff masih dalam dukungan aku..

Rezeki aku bulan Ramadhan.. Sememangnya rezeki kita ni dalam pelbagai bentuk .Alhamdulillah ..

Photo


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>