Quantcast
Channel: BEN ASHAARI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142

Salah siapa jika ianya berlaku ?

$
0
0

 

Kamera AES utk perangkap pemandu yang memandu dengan melebihi had kelajuan .. Bukan laju yer ! Tapi melebihi had laju ! Bagaimana pula dengan pemandu yang cuai atau yg gemar memandu ikut suka tekak seperti tidak beri lampu signal , membuang sampah dan sebagainya ? Perlukah guna kamera yang lain ?

Di Putrajaya , terutama disebelah malam .. Biasanya akan kelihatan banyak penunggang basikal ‘beriadah’ di jalanan .. Mengayuh basikal dengan ‘relaks’ di tepi tepi jalan raya ! Aku rasa , laluan khas dah ada untuk mereka kan ? Kenapa tiada tindakan ke atas mereka yer ?

Ini kerana , ada yang suka suka melintas jalan raya dengan harapan pemandu kereta akan perlahankan kenderaan mereka .. Kalau tak perasan camana ?

Lampu isyarat .. Kerapkali aku nampak ada yang suka suka langgar lampu isyarat ni .. Kalau berlaku kemalangan , sapa yang patut dipersalahkan ? Kalau di Malaysia ni , automatik yang besar akan dipersalahkan ! Kan ? Ke aku silap ? Hurmmm ..

Beriadah tu bagus .. Tapi jangan sampai ada yang ‘beriadah’ di hospital atau dalam kubur ..

Bagi penunggang basikal terutama yang mewakili kelab atau negara .. Pihak terbabit perlulah lebih peka dari aspek keselamatan .. Jangan biarkan nyawa atlit jadi pertaruhan . Jangan ingat semua pemandu kereta di Malaysia ni , dah tahap profesional .. Kalau ada yg takde lesen camana ? Tak berbaloi satu sen pon !

Al-Fatihah buat pelumba Terengganu , Syafiq Imran. Harap Menteri Belia dan Sukan dapat buat sesuatu terhadap isu ini ..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8142


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>